Soalan Karpal Singh kurang ajar dan biadab !!!
Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada PM mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapatkan hak seperti orang Melayu berdasarkan konsep 1 Malaysia adalah tindakan biadab cukup kurang ajar sekali.
Kenyataan kurang ajar Karpal ini adalah rentetan daripada serangan bertubi-tubi parti ultra kiasu ke atas PM , TPM dan 1 Malaysia yang bermula oleh Kit Siang . Mereka sekarang ini tidak kira lagi soal sensitiviti orang Melayu dan bumiputra malah terus mempersoalkan perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan .
Soalan Karpal ini jelas seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan .
Dalam akhbar Utusan hari ini , PERKASA menerusi Datruk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan pertanyaan Karpal adalah biadab kerana mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia boleh didakwa di bawah akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan . Malah PERKASA pada esok hari akan membuat laporan polis berkenaan isu ini untuk meminta dijalankan siasatan ke atas Karpal .
Kepada pembaca semua , mari berfikir sejenak jika sekarang ini kerajaan BN yang diterajui PM DS Najib pun mereka sudah mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan oleh puak –puak ultra kiasu DAP ni , bagaimana pulak nanti keadaanya bila Pakatan Rakyat berkuasa di kerajaan Persekutuan ??
Tak mustahil hak-hak keistimewaan Melayu ini akan pupus di muka bumi ini kerana sekarang ini pun mereka sudah biadab mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan .
Menjelang PRK Hulu Selangor , buat bangsa ku bernama Melayu ketepikan soal samada calon dari MIC menjadi pilihan tetapi yang lebih penting masa depan bangsa ,agama dan negara .
Tolak Pakatan , Undi lah Barisan Nasional !!
No comments:
Post a Comment