Planet Orang Bumi (POB) naik hairan. Hairan pada juak-juak Islam dalam Pas dan PKR. Hari ni ramai di kalangan HardCore-Hardcore Anwar Ibrahim yang dulu tampil buka cerita, bagi tahu apa yang sepatutnya orang ramai tahu. Cerita tentang kebobrokan manusia bernama Anwar Bin Ibrahim (ABI). ABI yang pernah mereka puja, pernah mereka percaya, pernah mereka bela, kasih dan cinta. Mereka ini yang terdekat dengan ABI. Ada yang berkawan lebih 30 tahun, kawan rapat, sangat rapat. ABI telah bawa bahana kata mereka, kemusnahan pemesongan oleh fitnah yang ABI tabur merata ikut sesuka rasa. Pemesongan ABI yang terang-terangan dan besar-besaran macam betul-betul walaupun sebenarnya tak betul langsung, kata mereka. Orang-orang yang betul-betul kenal ABI ni nak bagi tahu yang sebenar saja. Awal-awal lagi “Tok Guru” yang mereka sendiri gelarkan itu salahkan pulak orang-orang yang bagi tahu perkara benar sebab kononnya buka rahsia, dosa. Bukan sebab ABI tu menipu, ABI menipu takpa, jangan bagi tahu. Macam pulak kalau kita tahu siapa mencuri, jangan bagi tahu, kalau tak bagi tahu dapat pahala. Hukum apa dia pakai?
Dulu ada yang rapat seperti Azizan si pemandu isteri ABI beritahu pada ramai, “pagarnya dimakan padi” oleh ABI dan Sukma. Dirinya ditebuk, Azizan kena teruk. Dahlah dia kata dia dibalun teruk oleh ABI dan Sukma, di khalayak dia dibalun lagi. Ezam tumpang balun sebab bela ABI. Nalla Karupan pun tumpang sekaki balun kerajaan. Masa tu mungkin tak tahulah kot tapi masa tu subahat sama sebab cintakan dunia yang sementara dek termakan pesona ABI. Dr Munawar Anis kalau masih diingat kini entah ke mana. Yang mula-mula bela ABI seperti Dr Chandra Muzaffar yang terpesona dengan hujah keadilan sejagat ABI juga tumpang terjun sekali. Awal-awal lagi bila tersedar kena tipu, lari dari ABI walaupun sebenarnya dia tak boleh lari kerana kecacatannya diuji Ilahi. Macam si Karpal Singh yang pernah mencaci ABI dulu-dulu. Baru-baru ini, pada 8 Februari 2009 Karpal suruh pula ABI taubat. Taubat sebab ABI buat perkara keji, cara menipu dan mudarat. Tapi sekarang ni bela pula kes liwat ABI terhadap seorang marhain biasa bernama Saiful Bukhary. Saiful yang secara nyata dan jelas yang hanya mahukan keadilan walaupun amat aib untuk dia dedahkan kerana melabatkan maruah. Dengan petunjuk Allah dia beranikan diri hanya kerana benar, katanya.
Nalla yang 30 tahun kawan sama ABI yang kenal luar dalam, seluar dalam seluar luar, duit judi tak judi, tenis tak tenis, puasa tak puasa, perempuan tak perempuan, depan tak depan, kereta api tak kereta api, berbuih-buih kasi tau apa sebenarnya terjadi, pengalamanya bersama ABI apa yang betul-betul pasal ABI yang dia alami, yang dia mata kapla dia juga ada saksi. Itu telinga dia jugak ada dengar. Yang hidung dia jugak ada cium. Tapi yang juak-juak konon islam yang tak kenal ABI, yang bukan saja susuk tubuh apatah lagi hati budi ABI pulak punggah Quran cari ayat nak nafi kata kononnya itu ini tidak bersandar itu ini nak menyedapkan hati sendiri, nak menghalalkan diri menyokong ABI. Sebab apa? Sebab Nik Aziz yang diri mereka sendiri angkat secara istilahan sendiri, meng”Tok Guru”kan dia dok sokong kuat sangat ABI betul, ABI betul, yang sayang sangat ABI sampai ke peringkat memaksumkan ABI. Yang lain pun mengikut,”Ya, ABI maksum, ABI maksum”. Mengangguk-angguk.
Hari ni Ezam mengaku insaf dengan nama Allah. Degan nama Allah pun puak-puak pengaku islam ni tak percaya, percaya lebih kepada “Tok Guru”. Kalau dah Saiful Bukhary mubahalah pegang Al-Quran dalam masjid pun tak percaya, “Wallah hi, Wabillah hi, Watallah hi...”, pun boleh dibuat acilut oleh juak-juak pengaku Islam ni, nama Allah pun dibuat-buat lambung main sah tak sah teknikalnya dan sebagainya, POB tak tahu nak cakap apa lagi dah. Teringat dulu Tok Guru juak-juak ni kata Allah mencarut, macam tekukur juak-juak ni pun mencarut-marut, memaki-hamun. Tak kan nak suruh Saiful tu sumpah “atas nama Tok Guru Nik Aziz” kott?? Kalau kena kepada bukan geng puak-puak ni, katalah puak dia mubahalah, sumpah dengan nama Allah, kalau orang tak percaya, mau lah puak-puak ni kata murtad ke kafir ka kepada orang-orang yang tak percaya mubahalah tu sebab dah pegang Al-Quran, sumpah laknat keturunan dengan nama Allah dan sebagainya, so kalau tak percaya berdosa “BESSAAARRR punyaa”, kalau boleh nak hukum masuk neraka time tu jugak. Tapi bila kena batang hidung sendiri, banyak la pulak alasan tipu daya itu ini walaupun dia tahu salah kalau dia tak percaya dengan “nama Allah” tu. Puak-puak ni pusing keliling Round-About macam acilut keliling pokok cari alasan. Main-mainkan hukum Allah ikut sesedap rasa macam Tok Guru depa.
Ramai kawan-kawan ABI bagi tahu apa yang mereka sendiri alami, lalu bersama ABI, apa yang ABI suruh buat, apa yang ABI arah mereka buat, yang bukan-bukan sampai akhirnya mereka hilang percaya kerana melampau-lampaunya si ABI ni. Zahrain bagi tahu, Zulkifli bagi tahu, Lokman bagi tahu, Anuar Shaari bagi tahu, Fairus pun, bekas-bekas penyokong amat rapat yang susah-payah mula membina parti ABI dulu pun ramai yang bagi tahu, pemimipin-pemimpin tertinggi parti pulak tu. Tapi ABI yang bijak laksana ni pandai buat muka selamba macam tak ada apa-apa, muka orang tak salah. Dia tokok tambah pula benda lain tanpa selesaikan jawapan kawan-kawan dia bangkitkan. Dia lari ke Eropah jumpa kawan-kawan orang putih Yahudi dia, Al Gore lah, dulu Wolfowitz lah, Cohen lah, Albright lah, pergi merayu. Dah sampai Australia dah, merayu geng-geng Parlimen sana campur tangan. Semak-punya semak, kepala ahli-ahli parlimen Australia tu pun Gay jugak, Michael Danby namanya. Baru-baru ni ke England pulak, pun sama pergi jaja betapa zalimnya kerajaan Malaysia tangkap habis pembangkang, jumpa ahli-ahli Parlimen sana pulak, Jeremy Corbyn. Pun semak-semak jugak. Laaa rupanya Gay lagi. Apa ni? Kenapa ABI ke US, kenapa ke Australia, kenapa ke England, pergi jumpa dengan pembela-pembela islam ke? Yang POB tahu, Al Gore, Wolfowitz, Cohen, Albright ni semua sedia maklum sebagai “American Zionist”, satu dunia tau. ABI pergi jumpa kawan-kawan baik dia ni, sampai akhbar di Israel pun high-lite ABI bakal PM Malaysia. Kenapa sampai Negara Israel begitu berminat dengan Negara kecil Malaysia ni pun POB tak faham. Hebat ABI ni. Setakat sekarang tak la POB dengar Negara-negara Islam ke, pemimpin-pemimpin Negara Islam ke sokong ABI gugurkan tuduhan liwat dia kecuali ahli-ahli parlimen Negara-negara tiang Zionist ni saja yang kalut dok sokong dan tekan kerajaan Malaysia. Ini hal mahkamah, bukan boleh gugur ikut suka hati saja, yang sibuk tekan kerajaan tu sebab apa? Kes biasa pulak tu. Kes si Anu ni kata si Anu nu menyuntut duburnya, jadi dia nak keadilan sebab duburnya disuntut tanpa rela. 2 orang punya hal. Itu saja. Pening kepala POB dok fikir. Apa la sampai puak-puak kafir raksasa ni beriya-iya sangat. Yang juak-juak pengaku islam kat Malaysia ni pun melolong-lolong ikut sama, menari sama macam dah tak kenal tuhan, marahkan apa pun tak tau. Macam kena rasuk. Heran POB.
Iya lah, macam mana tak kata macam kena rasuk, musuh-musuh islam yang nyata, pejuang gay lagi, Zionist pulak tu, pun juak-juak pengaku islam ni kata mereka tu betul, kafir harbi jadi Kalifah Umar Abdul Aziz pun juak-juak ni puja macam nak rak, Allah mencarut pun juak-juak ni kata betul, sah-sah ABI menipu rakyat, pun juak-juak ni kata betul, ABI yang tak mubahalah bersaksikan Allah tu pun juak-juak ni kata ABI betul. Juak-juak ni pulak yang melebih-lebih daripada ABI tapi tak berani pulak mubahalah. Kalau setakat sembahyang hajat tengah padang ka, baca Yassin ka, yang ni lama dah juak-juak ni buat...dari dulu lagi! Minta bala, minta Mahathir mati pun lama dah..Mahathir hidup lagi. Baru-baru ni minta bala kat Najib pulak, terpejam-pejam mata berdoa kat Allah macam dulu-dulu jugak. Satu ja lagi yang juak-juak ni tak buat, ajak la ABI sekali...TAUBAT!
No comments:
Post a Comment