GPMS SERAH MEMO KEPADA YDP MPPP
Pada 23 April 2010 (Jumaat) jam 3.00 petang, GPMS merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada YDP MPPP iaitu Ar. Puan Hajah Patahiyah Bt Ismail. Namun apa yang berlaku, dimaklumkan YDP MPPP tiada di pejabatnya untuk menerima memorandum tersebut. mulanya dijadualkan di Penang Townhall, di Padang Kota Lama. setelah pihak/wakil MPPP di sana enggan menerima memorandum tersebut, GPMS terus pergi ke pejabat MPPP yang terletak di KOMTAR. di sana, seorang wakil MPPP telah terima memorandum tersebut. penyerahan memorandum itu juga turut disertai oleh beberapa NGO Melayu dan para pemberita.
Tujuan memorandum itu diserahkan adalah bertujuan untuk memohon ketegasan bertindak oleh MPPP untuk memberi pembelaan dan bantuan sewajarnya kepada seorang ahli GPMS iaitu saudara Johar Ismail yang mengusahakan sebuah gerai bernama "Do Re Mi" di pantai Tanjong Bunga dan juga peniaga di beberapa gerai lain di sekitar Pulau Pinang.
Sekiranya perjuangan dan pembelaan kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap kes yang dialami oleh peniaga Cina di kawasan tertentu di Pulau Pinang, justeru adalah tidak mustahil untuk memberi keistimewaan yang sama kepada pemilik gerai "Do Re Mi" ini. Oleh itu, GPMS berpendapat bahawa kerajaan negeri pulau pinang dan mppp juga mampu bertindak sewajarnya terhadap kes ini dengan mengeluarkan lesen tumpangan sementara (T.O.L) dan lesen perniagaan yang sah kepada pemilik gerai "Do Re Mi" dan peniaga Melayu lain di negeri ini.
GPMS juga mengambil ketegasan dan inisiatif ini untuk mendapatkan pembelaan yang sama ke atas beliau setelah melihat rentetan pembelaan yang tersangat hebat dan berlebih-lebihan yang dilakukan oleh kerajaan negeri pulau pinang dan mppp terhadap peniaga berketurunan Cina yang berniaga di Batu Feringghi dan New Lane (keistimewaan diberikan hingga tutup jalan dari waktu tertentu hingga waktu tertentu untuk peniaga cina berniaga).
Dalam kes Johar Ismail ini, GPMS mendesak agar pembelaan dan penjagaan kebajikan yang setaraf diberikan tanpa mengira bangsa, agama dan status kedudukan sebagaimana yang telah diberikan kepada peniaga di kedua-dua tempat yang disebut awal tadi.
GPMS memberi ingatan kepada pihak yang terlibat agar masalah ini diselesaikan secara baik dan perlu dipersetujui terutamanya oleh peniaga yang tertindas ini. sekiranya tindakan perobohan dijalankan juga, maka ianya bermaksud bahawa pihak berkuasa telah menimbulkan ketegangan dan GPMS akan mempertahankan semua gerai ini secara habis-habisan. sekiranya ego dan sifat rasis terus ditunjukkan dalam hal ini, maka natijahnya amat berat untuk ditanggung oleh semua pihak. namun, GPMS juga percaya bahawa hal ini masih boleh diselesaikan melalui meja perundingan,
Apa yang menariknya ialah penafian YDP MPPP yang mengatakan pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk merobohkan gerai "Do Re Mi" tersebut. Pelik, tapi benar. kalau tiada arahan, masakan pihak MPPP yang melakukan tugas-tugas perobohan tersebut. beliau turut mengeluarkan kenyataan siapa yang perlu dipercayai... mppp atau surat khabar yang melaporkan arahan mppp yang suruh merobohkan gerai tersebut. kepada YDP MPPP... ingatlah sama. jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung oleh kerajaan negeri pulau pinang. takut hilang jawatan ka? takut dibuang kerja ka? kamu ni bangsa apa? agama apa? tolong pikiaq sat. kenapa gerai-gerai cina yang bebas berniaga ibarat kata "ikut suka hati mak hang" tiada tindakan diambil? bila tanya... ada saja alasan... banyak sangat alasan.... itu ini. bila dengan peniaga cina... takut. bila dengan peniaga melayu... berani. awat? depa haria kat hang sikit ka?
No comments:
Post a Comment