Ungkapan diatas membayangkan persoalan yang acap kali diperkatakan oleh individu didalam hati kecil mereka. Untuk siapakah ? perjuangan yang dilaungkan – Ada kalanya inya hanya bersifat dendam , ada ketikanya ianya dikatakan bersifat memperjuangkan ideologi- Akan tetapi semua itu menjurus kepada konsep perjuangan yang sebenarnya di realisasikan dialam politik.
Walupun apa fahaman mereka , mereka tetap mempercayai asas asas perjuangan yang mereka laungkan. Seperti PKR sebuah parti politik yang dewasa ini memainkan banyak peranan didalam arena politik tanahair telah menimbulkan banyak persoalan didalam sudut perjuangan. Apakah matlamat sebenranya perjuangan mereka> Jika dikatakan untuk membela Bangsa melayu, tentunya tidak!! jika hendak dikatakan untuk membela Agama , juga tidak!! Jadi apakh yang sebenarnya perjuangan yang mereka laungkan.
Saya berani menyatakan sedemikian adalah kerana dengan melihat rentetan dibeberapa buah negeri taklukan mereka selepas pilihanraya 12 yang lalu. Mereka telah meraih kekuasaan, tetapi dimanakah perjuangan mereka yang sebenarnya?
Didalam beberapa isu di Pulau Pinang, Isu Kampung Buah Pala, Isu merobohkan gerai gerai kepunyaan Melayu, Penindasan terhadap Melayu di Pulau Pinang didalam koata pembangunan, Ekonomi semua ini telah berlaku di Pulau Pinang. Didalam Isu Agama pula tiada penafian berlaku didalam PKR berhubung isu penggunaan nama Allah di dalam Herald. Apakah ini bukan perjuangan yang sebenar PKR.
JADI apakah yang diperjuangkan. Sepanjang pemerhatian corak politik PKR apa yang saya lihat ialah mereka mereka ini adalah terdiri daripada orang orang yang kecewa didalam untuk mendapatkan sesuatu semasa didalam parti . Jesteru itu mereka telah berusaha untuk menimbulkan retorik politik dengan isu isu yang agak remeh untuk memancing pengundi.
Fakta fakta kurang jelas telah di sebarkan didalam mencorak kan senarioa perjalanan perjuangan mereka. Pada hemat saya mereka ini hanya memperjuangkan ideologi yang dibawa sendiri oleh AnUwar Brahim untuk mencapai cita citanya. Gabungan AnUwar dengan pelbagai pertubuhan diluar negara dinafikan oleh pengikut mereka walaupun fakta jelas dikemuka kan. Adakah ini dikatakan perjuangan untuk membela bangsa , agama , dan rakyar marhaen. Sudah tentunya tidak!!!!
Didalam ucapan beliau di Kajang didalam satu majlis beliau pernah menyatakan Malaysia ini bukan Melayu yang punya- Untuk apakah beliau berkata demikian? bukan kah hanya retorik politik untuk mendapatkan sokongan dari kaum lain. Dalam pelbagai wajah politik yang dibuat oleh beliau sendiri telah menunjukkan segalanya apa yang tersurat dan tersirat didalam perjuangan nya.
Berlainan dengan perjuangan yang diasaskan oleh UMNO. Asas perjuangan yang jelas telah direalisasikan secara nyata. Corak ideologi yang jelas di sebarkan agar rakyat tahu bahawa UMNO adalah satu parti yang memperjuangkan nasib bagi rakyat marhaen. Ini jelas .. tidak perlu dipertikaikan lagi.
Oleh yang demikain, kepada semua penyokong yang masih percaya asas perjuangan yang dibawa oleh AnUwar seharusnya berfikir buat kali terakhir jika benar anda memperjuangkan nasib bangsa anda bukan seperti yang berlaku di Pulau Pinang dimana Melayu di pinggirkan didalam bumi mereka sendiri tanpa pembelaan.
No comments:
Post a Comment