Wednesday, April 21, 2010

Hulu Selangor:Pemilihan Zaid Menghina Islam-PAS

sumber : pisau.net

Risalah ini tersebar di seluruh pelusuk Hulu Selangor, Mengambarkan betapa ada segolongan didalam PAS yang mengelar diri mereka PAS Reform Selangor membantah dan tidak bersetuju PAS bersekongkol dengan PKR & DAP.

Semalam di Malaysiakini,Mustapha Ali menyatakan setakat ini jentera PAS agak lemah dan tidak bergerak sepenuhnya,namun hakikatnya jentera PAS sendiri memboikot atas faktor calon yang moralnya dipertikaikan.

Mustapha Ali turut menyifatkan setakat ini hanya 20% jentera PAS bergerak di Hulu Selangor dan akan meningkat sehingga 80% selepas ini,pergolakan dan rasa serba salah penyokong PAS sudah tidak dapat bertahan lagi,diberitakan ramai yang memboikot dan ada yang sudah pulang ke kampung.

Sumber dari dalam PKR,pimpinan tertinggi PKR turut sama menghentam PAS kerana tidak membantu jentera PKR di Hulu Selangor.

Kasihan PAS,Pisau melihat mereka ini bagaikan adik kecil yang boleh disepak terajang oleh rakan mereka didalam pakatan. Tapi apakan daya,sudah dasar jalangan politik,mereka merelakan diperlakukan apa saja agar dapat memuaskan nafsu buas "politic animal" pakatan.

Pisau kata "ada jugak PAS yang sedar, tahniah"

No comments:

Post a Comment