Wednesday, April 21, 2010

Ibu Tunggal diugut hanya kerana bendera BN.




HULU BERNAM: “Bantuan zakat daripada Pusat Zakat Selangor akan dihentikan jika anda memasang bendera Barisan Nasional (BN) di rumah anda.” Itulah ugutan diterima penduduk kawasan perumahan Southern Kinta Consolidated (SKC) di sini, dipercayai dilakukan penyokong kuat pakatan pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ugutan itu terbongkar ketika jentera Pemuda BN melancarkan ‘Kempen Satu Rumah Satu Bendera BN’ dengan menyerahkan bendera berkenaan kepada penduduk, tetapi dipulangkan semula kerana lebih 100 penduduk dari kawasan perumahan itu bimbang dikenakan tindakan berkenaan.

Selain itu, penduduk yang sebelum ini menerima borang 5A juga diugut bahawa nama mereka akan disenaraihitamkan daripada memiliki geran tapak rumah.

Seorang penduduk, Hasmah Sukri, 47, berkata ketika beliau sedang memasang bendera BN, seorang penyokong pakatan pembangkang datang ke rumahnya dan mengugut akan memotong wang bantuan zakat yang diterima RM250 sebulan.

“Malah, lelaki itu juga mendakwa mahu menyerahkan rumah yang saya duduki sekarang kepada orang lain jika masih berdegil memasang bendera BN,” kata ibu tunggal itu di sini, semalam.

Beliau yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan berkata, suaminya meninggal dunia pada 2004 dan kini tinggal bersama seorang anak yang belajar di Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Sri Kledang, di sini.

Sumber - BeritaHarian


Tak habis-habis puak Pakatan Rakyat di Hulu Selangor menyusahkan masyarakat sekitar. Setelah langsung tiada peningkatan didalam membangunkan infrastruktur sosial masyarakat, kini mereka sanggup pula mengugut masyarakat sekitar yang mahukan perubahan.

Tindakan penyokong Pakatan yang mengugut untuk memotong sumbangan wang zakat yang diterima secara bulanan oleh seorang IBU TUNGGAL hanya kerana memasang bendera BN adalah tindakan yang amat ZALIM !

Apakah wang zakat hanya boleh diterima oleh orang-orang yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja?

Tindakan mengugut IBU TUNGGAL oleh penyokong kuat Pakatan ini amat tidak beradap dan amat biadap sekali. Apakah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ini hanya berani terhadap golongan lemah sahaja? Jika betul-betul mereka ini berani, carilah seteru yang sepadan !

Nampak sangat Pakatan Rakyat sangat terdesak untuk mencari sokongan di Hulu Selangor hinggakan sanggup berperangai gampang mengugut kaum wanita.

Perangai biadap puak-puak Pakatan ini harus dibalas oleh penolakan secara total pada hari pengundian 25hb nanti.

Masyarakat P94 Hulu Selangor, jangan biarkan adik, kakak, dan ibu-ibu kita diperlakukan secara biadap seperti yang dilakukan oleh puak-puak jumud Pakatan ini.

Hancurkan dominasi Pakatan biadap di Hulu Selangor !



No comments:

Post a Comment