Sunday, April 18, 2010


P94 Hulu Selangor : PAS - Harakah jilat ludah kembali sokong calon PKR yang sokong murtad


Orang ramai yang menghubungi Harakahdaily, berkata bahawa Zaid cuba bertindak membela Lina Joy dalam permohonannya untuk menukarkan label 'Islam' dalam kad pengenalannya.

Dalam akhbar tempatan beliau dipetik sebagai berkata, bahawa isu menukar agama pada kad pengenalan bukanlah bermaksud bahawa Islam dalam ancaman.

"Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam," katanya di sebuah forum bertajuk 'Freedom of Religion and the Federal Constitution,' anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini 9 September lalu.

Ahli panel pada forum tesebut adalah pensyarah dari Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Mohammad Hashim Kamali yang membentang topik 'Human Rights and Islam' dan Zaid sendiri.

"Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya?

"Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu?" tanyanya.

"Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam," kata Zaid.

Beliau turut menyifatkan rakan ahli Parlimennya menonjolkan 'kebodohan' apabila tidak berpuas hati tentang kelemahan undang-undang yang disifatkan membuka ruang lebih ramai umat Islam untuk murtad.

"Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita?" tanyanya lagi.

" Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman," katanya.

Ramai yang kecewa dengan sikap Zaid yang secara terang-terangan memperlekehkan perjuangan umat Islam yang mahu membanteras gelaja murtad.

Seorang pemanggil yang tidak mahu dikenali, berkata jika Zaid bercakap tentang hak dan kebebasan beragama, kenapa agama Islam pula dinafikan haknya yang mahu umat Islam melaksanakan hukum-hakamnya seperti mematuhi undang-undang hudud yang termaktub dalam al-Quran."Islam ada

undang-undang hudud, kenapa dinafikan haknya dan Zaid sendiri pernah mencabar undang-undang tersebut di Kelantan," katanya.

"Kenapa tiba-tiba nak membela hak dan amalan orang lain sedangkan agama sendiri dinafikan haknya," kata pemanggil tersebut.

Ada juga yang berpendapat bahawa Zaid cuba bersikap lebih 'sudu daripada kuah' dan 'menderhaka' kepada bosnya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar perkara Artikel 11 ini tidak dipanjangkan lagi isunya.


Haprak Daily PAS

Ini merupakan kenyataan berita oleh akhbar fitnah No 1 Pas suatu masa dulu ke atas menentang Calon PKR Zaid Ibrahim dalam isu murtad Lina Joy tetapi hari disokong mereka kembali dalam PRK Hulu Selangor.

Wahai puak2 PAS, sudah ludah jilat balik kembali ke ??? Inikah pemimpin yang pernah sokong isu murtad Lina Joy yang PAS tentang dulu dan hari mereka akan sokong ?? Kalau PAS tetap menyokong calon PKR Zaid Ibrahim maka PAS sudah mengamalkan sikap MUNAFIK .

Dalam ceramah2 bukan main hebat lagi cakap tentang Islam terutama wali selipar hingga menuduh UMNO bukan lagi mengamalkan apa yang Islam suruh. Malah mereka juga menghebahkan parti PAS ini Islam dan Islam itu PAS ..

Tetapi kini , puak2 kopiah putih sokong pulak Zaid Ibrahim yang menerima murtad Lina Joy ??

Kalau juak2 penyokong PAS beri alasan Zaid Ibrahim kini sudah dekat dengan Nik Aziz dan sudah memahami perjuangan PAS maka lagi seorang lagi pemimpin PKR telah datang menyuci dosa selepas Elizabeth Wong kepada pemimpin agung PAS Nik Aziz .

Kepada pemimpin dan jentera2 PAS yang akan datang dari seluruh negara , ingat lah membantu berkempen untuk Zaid Ibrahim bermakna diri anda kini sudah sama bersekongkol mereka yang menyokong isu MURTAD di Malaysia !!!!

No comments:

Post a Comment