Sunday, April 11, 2010


NOH OMAR TAK SALAH ! UMNO TAK SALAH ! MELAYU TAK SALAH , PAHAM !


di bawah adalah ayat noh omar yang kononnya telah menghiris perasaan bukan melayu .

Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.
 
apa yang salah tentang fakta noh omar bagi ?
bukankah itu sejarah ? bukankah itu persetujuan menuntut kemerdekaan ? dulu hishamudin mohon maaf kerana menghunus keris dalam perhimpunan melayu (ramai orang melayu kecewa dengan sikap hishamudin yang dianggap pengecut), kini noh omar dipaksa memohon maaf atas fakta sejarah..
klik sini
 
apa silap ? mana silap ? adakah kerana dasar pemimpin yang terlalu lembut atau melayu sudah hilang jati diri.

tiada salah noh omar mengulangi fakta sejarah,ia sudah termaktub dalam kronologi persetujuan ke arah kemerdekaan.

aku telah hadir dalam ceramah prof ramlah adam sewaktu perasmian perkasa petaling.katanya orang melayu telah dianugerahkan tawaran kemerdekaan dengan syarat diganti/di sistem barter kan dengan memberi kerakyatan kepada bukan bumi.

apakah selepas ini fakta sejarah sudah tidak boleh disentuh kerana 'kita takut' digelar rasis. kenapa melayufobia semakin gila menapak dalam hati mereka.
pernahkah mereka sepantas kilat meminta maaf apabila hindraf mengacau majlis rumah terbuka hari raya di pwtc ? mana pergi maaf guan eng yang menafikan hak melayu dalam artikel 153 apabila dia menghapuskan DEB ?
aku malas nak kronologikan silap mereka,. pemimpin orang melayu terlalu banyak tolak dan ansur.

aku seru noh omar,pemimpin umno dan orang melayu.ayuh terus menerus kita cakap pasal fakta,pasal hak perlembagaan dan pasal sejarah kerana rupanya perkara fakta ini ditakuti oleh mereka.

apa nak takut !

No comments:

Post a Comment