Minta Penjelasan apakah maksud Peruntukan Seksyen 92(1) dan 93(1) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1993 dalam MAIPP.
Assalamualaikum,
1. Seksyen 92(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negei Pulau Pinang 2004 adalah bermaksud sesuatu pendapatan yang diterima oleh Majlis daripada sesuatu wakaf khas hendaklah digunakan mengikut tujuan dan kehendak di dalam wakaf khas tersebut.
Contoh: sekiranya wakaf khas memperuntukkan bahawa pendapatan rumah sewa yang ada di atas tanah wakaf tersebut hendaklah digunakan untuk penyelenggaraan rumah-rumah sewa di atas tanah tersebut dan selebihnya hendaklah dibuat kenduri untuk pewakaf tanah tersebut, maka Majlis sebagai pemegang amanah hendaklah melaksanakan mengikut kehendak dan tujuan wakaf tersebut.
2. Seksyen 93(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 adalah bermaksud bahawa aset yang ada di atas mana-mana wakaf atau nazr am tindak boleh menjadi sebahagian daripada akaun baitulmal secara keseluruhan. Ianya hendaklah berasingan dan akaun/dana itu akan dipegang sebagai dana berasingan.
Contohnya: Rumah-rumah sewa di atas tanah wakaf Kapitan keling adalah merupakan aset di atas wakaf tersebut. maka, hendaklah diwujudkan akaun/dana khas yang berasingan daripada tanah-tanah yang lain dan akaun khas itu adalah untuk wakaf Kapitan Keling sahaja dan tidak boleh dicampur atau digabungkan dengan akaun wakaf-wakaf yang lain (misalnya akaun/dana wakaf Khan Mohammad) atau akaun/dana tanah sumber am.
Terima Kasih. |
|
No comments:
Post a Comment