Thursday, April 22, 2010

HERAN kan NIK AZIZ ni ?...Adalah tu di Hulu Selangor nanti

a drip from menangsorak
                                                          Dulu, "Allah Mencarut" - kata Nik Aziz
                                         Orang Pas kena tanya Nik Aziz ni...Jangan takut, dia bukan Tuhan. Tengok dia kona ikut roundabout macamana?

Akhir2 ini kita tengok betapa kerasnya sikap TGNA bukan sahaja terhadap UMNO tetapi dengan ahli2 tertentu dalam PAS. Yang hairannya, TGNA amat lembut dengan orang2 Cina DAP dan Keadilan. Entah apa alasannya yang Planet Orang Bumi (POB) habis akal dah nak fikir. POB faham, kita orang Islam harus berlemah lembut dengan orang Islam yang lain dan bersikap keras dengan orang2 kafir yang menentang kita. Pada pandangan kasar saya TGNA dah terbalik kot!


Si Nizar pula nampaknya amat ghairah dengan jawatan MBnya di Perak. Seronok agaknya dia menjadi boneka DAP Perak. Tak sedarkah dia bahawa Exco yang dia 'ketuai' adalah berwawasan chauvanis Cina - harus pula mereka itu anti-Islam dan anti-Melayu. Apa yang dilaungkan oleh DAP sebagai suara rakyat adalah semata-mata suara Cina chauvanis yang tidak puas2 dengan apa yang mereka sudah dapat. Pernahkah orang Melayu menghalang apa2 yang orang Cina mahu di Malaysia ini? Perniagaan, hartanah, kuil, kekeluargaan, pendidikan, persatuan dan bermacam-macam lagi hal waima kelab malam, rumah urut dan rumah judi pun mereka perolehi - nak apa lagi mereka itu? Sudah tentu mereka mahu kuasa - kalau boleh kuasa mutlak dan nampaknya Nizar adalah salah seorang pemudah bagi mereka!



       Ini kenyataan tahap HARBI daripada KM P.Pinang Khalifah Umar Lim Pas. Pas setuju la...
 
Di Pulau Pinang KM DAP sudah pun mengambil penguasaan keatas tanah2 wakaf orang Islam. Saya hairan mengapa orang Melayu dan lebih2 lagi mereka2 yang dikatakan perjuang Islam diam membisu sejuta bahasa? Agaknya mereka itu semua sabar2 belaka sebab KM belum lagi ambil alih duit zakat, hal nikah kahwin, dan masjid dan surau! Subhanallah, begitu dayusnya rupanya orang Melayu ditanah sendiri - tak kiralah saya apa fahaman politik mereka tetapi apabila hal adat istiadat dan tambah2 pula hal agama pun sudah direbut oleh orang Kafir - yang tinggal hanyalah 'hukuman' dari Allah sahaja! Itu sajalah yang layak bagi orang2 Melayu itu! Saya dah lama curiga tentang berapa sebenarnya jumlah Melayu yang ingin keluar dari Islam - tentu ramai jugak sebab tak dengar apa2 bising pun apabila KM DAP ambil kuasa tanah wakaf diPulau Pinang!

                                                            Orang Pas suka peluk Khalifah Umar Lim Abdul Aziz. Peluk sebab Nik Aziz sayang

Ahli2 PAS pun nampaknya merestui kerja buat KM DAP itu - mereka amat percaya kepadanya! Baguslah begitukan, lagi pun apakah ertinya pakatan kalau apa yang KM DAP buat mereka nak bantah! Lagi pun kalau orang Melayu Islam yang dapat tanah wakaf bukan tahu buat apa pun. Dapat kepada DAP, mereka boleh buat macam2 pembangunan untuk dikongsi dengan "Pas For All" & "Malaysian Malaysia"!!!


SELAMAT JALAN ORANG MELAYU - ikutlah pesanan TGNA dan NIZAR!

                                     Nik Aziz & Nizar akan berada di Hulu Selangor...Bawak Fatwa Baru...Tungguuu..

No comments:

Post a Comment