Monday, April 12, 2010

Guan Eng dimalukan oleh rakyat PP sendiri

sumber:H'ng Khoon Leng

Keratan akhbar Guan Ming Daily,dalam satu majlis makan malam di Georgetown. Guan Eng menunjukkan ego dengan cuba menunjukkan beliau sebagai idola .

Semasa berucap beliau bertanya apakah dengan memberikan bantuan RM100 setahun kepada warga emas adalah salah satu bentuk rasuah atau sebagai pengiktirafan dengan mengharapkan jawapan "Tidak" tetapi sangkaan beliau adalah meleset apabila orang ramai menjerit "Ya,ini adalah rasuah".

Beliau berharap dengan memberikan bantuan RM100 kepada warga emas kononnya dapat membeli kepercayaan mereka,tetapi dimalukan didalam majlis yang dianjurkan beliau sendiri.


Pisau membuat tinjauan,rata rata masyarakat cina di Pulau Pinang sudah nampak akan belang Guan Eng dan DAP,mereka lebih berani menyatakan tidak dan membantah secara berdepan walaupun majlis yang dihadiri adalah majlis yang dianjurkan oleh DAP.

Kaum cina berani nyatakan bantahan dan nampak akan kebobrokan khalifah sosialis kesayangan PAS,namun yang menyedihkan melayu haprak pakatan memberi sokongan membuta tuli terhadap ultra kiasu chauvanist seperti Guan Eng.

sumber : pisau.net


Komen PB

Melayu PP kalau dapat RM 100 bukan main lagi seronok ...riuh satu kampung depa canang Guan Eng bagi RM 100 . Tapi nampaknya kaum Cina tidak heran langsung dengan duit RM 100 yang diberikan oleh kerajaan negeri ini dan mereka anggap sebagai rasuah politik saja oleh Guan Eng . Nampaknya kaum Cina di PP lebih kenal lagi sapa Guan Eng ini yang merempat datang ke PP lalu terus berkuasa di negeri ini

No comments:

Post a Comment