Apabila Kaum Melayu Di Tuduh oleh Orang Melayu.
Dr Novandri Hasan BasriPenulis tidak faham dengan gelagat orang yang tidak mahu mengenang budi dan tidak mensyukuri segala kemudahan dan kententeraman yang mereka miliki selama ini.
Mereka dibesarkan di dalam keadaan aman tenteram di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, kemudahan pelajaran dan keistimewaan meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi melalui hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera.
Ada yang mendapat biasiswa dan masuk ke dalam pengajian tinggi melalui kuota Bumiputera.
Penulis terfikir, tidak mungkin kerajaan yang memerintah iaitu UMNO dan rakan-rakan politik di dalam Barisan Nasional, tidak mempunyai sebarang jasa langsung kepada mereka itu. Apakah tidak ada langsung?
Penulis menulis kemusykilan ini kerana seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shahrin telah berkata:-
Umno seharusnya berterima kasih kepada orang Melayu kerana sanggup diperalatkan oleh Umno semata-mata untuk kepentingan politik mereka sejak puluhan tahun lalu.Kenyataan Ahli MPP PKR tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa orang Melayu sejak berpuluh-puluh tahun lalu, begitu bodoh dan tidak boleh berfikir dengan bijak untuk menentukan hala tuju bangsa dan negara mereka.
"Isu perkauman sentiasa menjadi makanan Umno bagi melindungi kepincangan dan masalah dalaman yang dihadapi mereka," kata Badrul ketika dihubungi Erapakatan hari ini.
Apakah orang Melayu begitu bodoh sangat sehingga sanggup mengadai masa depan dan bangsanya jika mereka tidak percaya bahawa parti UMNO mampu untuk mewakili hak mereka semua?
Penulis percaya bahawa beliau pun menjawab kaum Melayu mampu berfikir!
Penulis syorkan kepada ahli MPP PKR tersebut supaya berfikir kembali serta renung sejenak sejarah dan evolusi kaum beliau dahulu sebelum tersilap cakap sekali lagi dan dimarahi oleh kaum beliau sendiri.
No comments:
Post a Comment