Wednesday, April 21, 2010

'Hooligans Impot' Anwar Ibrahim Membanjiri Hulu Selangor?

Dr Novandri Hasan Basri
 

Penulis dikhabarkan bahawa Anwar Ibrahim akan mengimpot ramai penyokong Pakatan Rakyat terutamanya dari parti PAS untuk membanjiri Hulu Selangor tidak lama lagi. Mesej yang penulis terima ialah Anwar Ibrahim sudah mulai gelisah dengan keputusan beliau memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PR di Hulu Selangor.

 Beliau juga resah dengan perubahan yang berlaku di jentera parti PAS tempatan yang sudah mulai sedar dan tidak lagi bersemangat setelah mengetahui perangai buruk Zaid Ibrahim.

Sebenarnya kita boleh membaca dengan senang bahawa pemilihan Zaid Ibrahim bersangkut paut dengan kekayaan beliau itu sendiri. Zaid Ibrahim mampu mengeluarkan jutaan ringgit untuk membiayai kempen pilihanraya di Hulu Selangor jika dibandingkan dengan nama-nama lain yang hangat diperkatakan sebelum ini seperti Dr Halili atau pun Shamsul 'Doaremon' Iskandar. 


Mereka berdua tidak akan mampu bertanding dengan Zaid Ibrahim dari segi keuatan kewangan jika dibandingkan dengan Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim dicalonkan hanya kerana wang beliau sahaja dan tidak lebih daripada itu.
 

Berbalik kepada isu 'mengimpot' penyokong Pakatan Rakyat daripada luar, penulis teringat kepada beberapa insiden yang berlaku di PK Bagan Pinang di mana penyokong-penyokong luar telah bertindak ganas dan liar sehingga menimbulkan kemarahan kepada penduduk Bagan Pinang.

Penyokong-penyokong PR bertindak seperti hooligans, mengganggu ketenteraman penduduk dan juga memenuhi jalanraya bertujuan untuk menakut-nakutkan penduduk Bagan Pinang supaya tidak keluar mengundi.




 Tektik ini menjadi semakin liar jika kepala-kepala mereka seperti Anwar Ibrahim menjangkakan akan kalah di pilihanraya tersebut. Dan berdasarkan kepada laporan-laporan awal, Pakatan Rakyat akan kecundang lagi di Hulu Selangor.

Modus operandi seperti itu adalah tektik terakhir Anwar Ibrahim untuk mewujudkan huru hara di sesuatu kawasan dengan harapan penyokong-penyokong yang diarahkan ke sana akan melanggar undang-undang dan ditangkap oleh pihak keselamatan.


Bukti sikap hooligans penyokong Pakatan Rakyat impot yang mencederakan orang dan kenderaan beliau di Bagan Pinang :-




Sekarang penulis ingin tahu sama ada jentera Pakatan Rakyat Hulu Selangor terutamanya parti PAS, rela jika orang-orang luar ini mengganggu gugat dan mengacau kampung mereka seperti yang berlaku di Bagan Pinang?

Dalam masa yang sama, penulis juga 'mengalu-alukan' kedatangan orang-orang luar ini untuk mengacau Hulu Selangor supaya mereka dapat 'diajar' oleh penduduk Hulu Selangor itu sendiri seperti yang berlaku di Bagan Pinang.

Untunglah pihak keselamatan menjalankan tugas mereka dengan baik. Jika tidak, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat 'impot' pasti akan 'diganyang' oleh penduduk Bagan Pinang dan mereka akan serik untuk diarahkan ke mana-mana pilihanraya lagi.

Penulis bukan tidak memberi amaran kepada mereka yang mahu bersama-sama hooligans impot Pakatan Rakyat tetapi fikirkanlah semasak-masaknya sebelum ke Hulu Selangor.

Yang terbaik ialah untuk mereka berada di kawasan masing-masing dan tidak sekali-kali mengganggu kampung orang lain. Buruk padahnya.

No comments:

Post a Comment