Saturday, April 10, 2010

Anwar Ibrahim vs Judi Magnum ?

Pada tahun 1987, Anwar sebagai Menteri Pendidikan pernah membuat keputusan yang benar-benar melukakan hati orang Cina. Anwar tidak hormat dengan sistem perjawatan sekolah Cina. Anwar lantik Cina `westernized’ untuk menjadi nazir kepada sekolah-sekolah Cina.

Gamat seluruh Negara. Ada boikot. Ibubapa pelajar Cina nekad untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Ini satu campurtangan luar biasa kerajaan kepada hal ehwal pendidikan anak bangsa Cina. Anwar tidak peduli, kepadanya – yang lebih penting – pendidikan Cina mesti di `neutralized’ dan tidak terlalu bersifat keCinaan.


Anwar adalah antara penyebab kepada insiden Ops Lalang 1987. Pemuda UMNO berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman. Anwar yang selalu pergi ke seluruh Negara selalu mengangkat 13hb Mei sebagai `perlambangan kebangkitan orang Melayu’.

Anwar selalu menganggap perjuangan Harun Idris adalah kemuncak perjuangan orang Melayu. Anwar selalu mengingatkan tentang `amuk’ Melayu. Anwar selalu mengatakan bagaimana Melayu akan bangun berjuang jika cuba dihina dan dibuat gila oleh kaum lain

Mengapa agaknya Anwar boleh berubah begitu rupa?

Daripada seorang `ultra Melayu’ kepada seorang yang kononnya membawa nilai Malaysia. Pemahaman Anwar tentang 13 Mei sudah jauh terpesong daripada ucapan-ucapan ganasnya sewaktu di dalam UMNO. Apakah Anwar lupa bahawa kebencian kepada Cinalah yang meletakkan dirinya hampir ke kemuncak kepimpinan dalam UMNO.

Namun begitu, sewaktu dalam UMNO lagi – Anwar sudah cepat jatuh cinta dengan `tycoon’ Cina. Nallakarupan mesti boleh mengingatkan kita bagaimana Anwar selalu membuat ’special draw’ sewaktu dia di Kementerian Kewangan.

Asalkan nak pakai duit sahaja, Anwar akan buat special draw. Asal nak pakai wang sahaja – Anwar akan luluskan ’special draw’. Sebagai Board of Director Magnum – Nalla akan bawa duit ’special draw’ kepada Anwar. Azmin mungkin ingat cerita ini
.

No comments:

Post a Comment