Mustapha Ali Harus Disaman Malu Kerana Menuduh Kesemua Perdana Menteri Kecuali Pak Lah Adalah Peminum Arak
Kemaskini 8.00 p.m.:Satu laporan polis telah dibuat oleh penulis dan beberapa rakan prihatin petang tadi. Penulis mengharapkan lebih ramai pihak akan tampil membuat laporan polis ke atas fitnah terbesar abad ini yang dibuat ke atas Negarawan-Negarawan Malaysia. Saya juga memohon kepada anak-anak dan saudara mara Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohammed agar membuat saman malu ke atas Mustafa Ali dan Parti PAS kerana telah membuat fitnah dengan tujuan jahat. Jika tidak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan meneruskan dengan fitnah-fitnah yang lain. Mereka ini harus diajar!
Posting Asal:
Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.
"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS. Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."
Sumber: Malaysiakini.
Ini adalah kata-kata yang keluar daripada mulut Mustafa Ali. Ini bermakna beliau begitu yakin Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohammed dan DS Mohd Najib Tun Razak adalah peminum arak. Saya menyeru kepada individu dan pertubuhan yang masih berkhidmat dengan mantan-mantan Perdana Menteri dan DS Najib supaya membuat saman malu ke atas Mustafa Ali.
Kurang ajar punya manusia. Beliau harus bertanggungajawab dengan setiap perkataan yang dikeluarkan olehnya. Tidak guna kalau kita mengaku menyayangi Tokoh-Tokoh Negarawan ulung ini kalau kita tidak ada telur untuk membuat tindakan balas melalui laporan-laporan polis dan saman malu kepada manusia yang tidak berguna ini. Sekali lagi saya mencabar sanak saudara dan orang-orang yang masih lagi bekerja dengan Negarawan-Negarawan ini untuk membuat tindakan saman ke atas Mustafa Ali di atas perlakuannya membuat tuduhan kesemua Perdana Menteri (kecuali Tun Abdullah) adalah peminum arak. Biar beliau terkencing di mahkamah untuk membuktikan kata-katanya yang tidak berasas ini. Beban untuk membuktikan tuduhan tersebut kini terletak di bahu Mustafa Ali.
No comments:
Post a Comment