Wednesday, April 21, 2010

Nasrudin Tantowi bagi amaran akan serang balas


Menyambut ikrar partinya bagi membantu PKR dengan sepenuh tenaga, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau sendiri akan turun berkampung di Hulu Selangor sehinggalan keputusan pilihan raya kecil parlimen itu diumumkan Ahad ini.Katanya, bagi memastikan keberkesanan jentera PAS, beliau akan memantau program dan aktiviti penerangan pasukannya daripada dekat bermula daripada hari ini.

"Saya sekarang dalam perjalanan ke Hulu Selangor. Sampai di sana, saya akan bermesyuarat dengan jentera Pemuda dan susun pergerakan kita," kata Nasrudin ketika diminta mengulas keputusan PAS untuk meninggkatkan bantuan kepada PKR.Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata, selepas empat hari berlalu, Pemuda PAS kini bersedia melakukan serangan balas terhadap BN yang didakwanya menggunakan serangan peribadi dengan kencang terhadap Zaid.

"Kita perlu tingkatkan daya tahan. Kita akan fokuskan tenaga untuk aktiviti penerangan dengan menguasai media baru dan blog-blog.

"Dalam pusingan pertama kita masih dilihat bertahan. Sekarang kita akan menyerang balas," katanya.

Nasrudin berkata, memasuki fasa "pecutan akhir" berkempen, pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa lokasi tumpuan untuk tujuan tersebut.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment