Dr Pornthip vs Inkues Teh Beng Hock
Dalam Banyak-banyak Doktor dalam dunia,doktor yang macam ini dicari oleh Anwar & DAP. Kenapa? Mengapa & Sebab apa?Penulis tertarik dengan artikel yang ditulis oleh UNTA BELANG :-
Amboi bukan main ‘daring’ lagi kenyataan pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang bertegas tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini – kononnya kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.
Dr Pornthip memberitahu beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.
Bagi Unta Belang, itu hanya helah beliau, apatah lagi setelah tembelangnya pecah bila proses bedah siasat kedua terhadap kematian Teoh beng Hock ternyata menunjukkan laporan beliau kononnya mendiang mati dibunuh sebelum ini rupanya JAUH PANGGANG DARI API!
Bagi yang tak tahu, baik Unta Belang cerita sedikit latar belakang doktor yang gila publisiti ini.
Nama sebenar doktor ini ialah Pornthip Rojanasunand, lahir pada 21 Disember 1955 dan merupakan seorang ahli patologi forensik Thailand, juga merupakan penulis dan aktivis hak asasi manusia.
Lantaran penglibatan dalam Human Right beliau mengenali Tian Chua, Elizabeth Wong dan aktivis hak Asasi dalam PKR/DAP di Malaysia. Kini beliau merupakan Pengarah Institut Sains Forensik, Thailand. Dan orang yang bertangungjawab menjadikan DNA sebagai bukti di Mahkamah Thailand.
Nama beliau menjadi sebutan apabila berlakunya kejadian tsunami di Thailand dan beberapa Negara asia pada tahun 2004. Pada masa itu beliau telah masuk campur dalam banyak perkara berkaitan urusan pengenalan mayat hingga menimbulkan rasa kurang senang pihak berkuasa.
Sebenarnya pandangan mengenai hasil penemuannya bukanlah digunapakai semua pihak di Thailand, malah ada yang meragui kredibiliti Dr. Pornthip.
Kerana wanita yang selalu berpenampilan imej rangi ini adalah seorang yang gila publisiti kerana sentiasa ingin menonjolkan kehebatan dirinya. Malah ada yang berpendapat sebagai penulis, tidak mustahil dia banyak menimbulkan kontoversi untuk melariskan jualan bukunya.
Satu situasi yang pelik Pornthip seakan mempunyai dendam kepada pihak polis dan pihak keselamatan, hingga banyak kali berikrar untuk mencari kesalahan pihak berkuasa.
Dalam sebuah rencana akhbar Thailand diterbitkan pada tarikh 15 Disember 2005, Polis Diraja Thailand dan pasukan profesional perubatan Thailand mengatakan Dr Porntip menyalahguna dana kerajaan untuk SIFS (Central Institute of Forensic Science Thailand) untuk menampung kos autopsi mangsa tsunami - rujuk The Nation.
Dikatakan juga Dr. Porntip gagal mengikut piawaian antarabangsa untuk identifikasi mangsa korban tsunami pada masa tersebut.
Ketidakpercayaan sepenuhnya masyarakat Thailand atas hasil Dr. Porntip dapat dilihat pada kes tahun 1999, apabila seorang ahli Parlimen Thailand Hangthong Thammawattana ditemui mati dengan peluru menembusi kepalanya.
Hasil autopsi yang dilakukan oleh polis menunjukkan bahawa Hangthong telah membunuh diri. Namun autopsi kedua dilakukan oleh Dr Porntip menunjukkan bahawa dia dibunuh.
Ini menyebabkan kakak Hangthong iaitu Noppadol ditangkap dan didakwa dengan kes pembunuhan.
Namun, pada tahun 2006, autopsi ketiga yang dilakukan oleh pakar forensik Universiti di Thailand, sekali lagi bersetuju dengan hasil autopsi yang dikelurkan OPFS (Pejabat Sains Forensik Polis Thailand), menyatakan bahawa Hangthong telah membunuh diri.
Kes ini menyebabkan wujudnya konflik antara Dr Porntip, Polis di raja Thailand dan ahli forensik Thailand.
Beberapa pihak di Thailand berpendapat hasil keputusan autopsi Dr. Pornthip banyak dipengaruhi dari keterlibatannya dengan badan hak asasi manusia, khususnya Asian Human Rights Commission.
Sewaktu dia terlibat mencari punca kematian David Carradine, aktor Hollywood yang mati mengejut di Thailand, beberapa penganalisis mengatakan Pornthip hanya memberi pandangan berdasarkan apa yang dibaca oleh beliau dalam buku kes yang hampir sama melibatkan kematian mengejut orang barat/eropah dan bukan berasaskan fakta sebenar.
Kematian David Carradine sehingga ini masih misteri dalam mencari punca sebenar, walaupun banyak kajian forensik telah dilakukan.
Jadi setelah kita membaca latar belakang Dr. Pornthip, Unta Belang tertanya-tanya kenapalah kita mengagung-agungkan sangat wanita yang gila publisiti ini?
Kenapalah hanya kerana seorang lelaki yang ditemui mati, kita semua nak menidakkan keupayaan pakar-pakar perubatan kita yang Unta Belang rasa, tentu ada yang lebih hebat daripada doktor perempuan itu
Unta Belang dan semua rakyat memang nakkan mendiang Beng Hock mendapat pembelaan tetapi itu bukan bermakna kita perlu upah sesiapa saja asalkan teori pembunuhan dapat dibuktikan!
Setakat itu semua butiran dan bukti yang ada menunjukkan Beng Hock terjatuh tetapi nampaknya masih ada pihak nak membuktikan yang mendiang dibunuh
Sampai bila kita nak berpolemik mengenai isu ini?
Dan sekarang adakah kita nak memberitahu satu dunia hanya Dr. Pornthip saja yang ada jawapan terhadap semua persoalan yang timbul?
Atau mungkinkah Dr. Pornthip hanya akan datang kalau ada hamparan permaidani merah atau sejumlah anggota U.T.K yang mengawalnya?
Maaf, Unta Belang hanya boleh katakan, SEINCI PUN DIA TAK LAYAK!
No comments:
Post a Comment