Monday, April 19, 2010

Pendedahan ! Anwar Sengaja Sabotaj Zaid!Mesti Baca

by pisau.net

Sudah terang lagi bersuluh, pertanyaan kenapa Anwar begitu beria-ia inginkan Zaid sebagai calon di PRK Hulu Selangor sehingga sanggup mengenepikan calon pilihan buah hati Azmin Ali, sebahagian besar sudah diketahui.

Dari fahaman islam liberal, menyokong IFC, peminum tegar minumkan keras, kaki judi hinggalah kepada seorang pendokong kebebasan agama, adalah jelas dan nyata ia sama dengan apa yang Anwar miliki pada pewatakannya.

Cuma tiadanya cerita dan penglibatan dengan kumpulan adik-adik jambu sahaja yang membezakan dirinya dengan Anwar Ibrahim, namun itu tidak bermakna Zaid tidak menyokong perjuangan Anwar yang ingin memberi hak kepada kelompok adik-adik jambu, ada kemungkinan Zaid pun mempunyai pemikiran yang sama berlandaskan prinsipnya terhadap hak kesamaan dan hak asasi manusia.

Tindakan Anwar menafikan beberapa calon yang dilihat lebih Melayu berbanding Zaid telah membuktikan Anwar sebenarnya merupakan pemimpin Autokratik dan Diktator. Suara akar umbi PKR dan PAS yang mahu calon bersih dan sesuai dengan majority pengundi Melayu luar bandar di Hulu Selangor begitu mudah diketepikan Anwar.

Jesteru itu apa gunnya Anwar memperjuangkan hak kebebasan bersuara jika suara di dalam parti pun Anwar diketepikan.Sebaliknya lain pula yang berlaku di dalam Barisan Nasional, sebelum ini Anwar memomokkan bahawa Pemimpin UMNO dan BN adalah autokratik, tetapi jika dilihat pencalonan Kamalanathan adalah lebih jelas suara-suara akar umbi lebih didengar Datuk Seri Najib Tun Razak, ego Samy Vellu pun berjaya diketepikan.

Cakap-cakap jentera kempen PAS yang ralat dengan pencalonan Zaid Ibrahim sudah kedengaran, walaupun Presiden PAS ada mengarahkan jentera PAS berkerja keras memastikan kemenangan Zaid Ibrahim, namun sebaik penamaan dilakukan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang mengkritik tindakan PAS menyokong pencalonan Zaid yang menurut Hafiz merupakan seorang islam liberal dan penyokong IFC.

Azmin Ali pula sewaktu majlis perisytiharan calon dilakukan di Dewan Komuniti Serendah pada 13 April dikatakan tidak hadir kerana merajuk dengan Anwar kerana tidak memilih calon pilihannya seperti Dr. Halili dan Syamsul Iskandar.

Bagi mengelak isu itu tersebar maka disebarkan cerita bahawa Azmin tidah hadir kerana sibuk menyiapkan persiapan pilihanraya kecil di Sibu Sarawak. Namun sewaktu ditanya oleh akhbar Sinar Harian pada 18 April, beliau menyatakan beliau tidak hadir kerana berada di Sidang Dewan Undangan Negeri, kerana perbahasan berlanjutan ke sebelah malam. Di sini terdapat beberapa kecacatan kenyataan manakah sebenarnya yang betul.

Kepada media juga sewaktu itu Azmin telah mencabar UMNO supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid Ibrahim merupakan penagih tegar arak. Dan hari ini blog Gerakan Anti PKR telah mendedahkan aksi Zaid Ibrahim dengan minuman keras, dan menurut sumber yang rapat dengan GAP, beliau menerima gambar itu daripada penyokong PKR agar mendedahkan jika Zaid dinamakan sebagai calon.

Justeru itu dapat kita katakan bahawa ada kemungkinan Azmin dan kumpulannya tidak akan membenarkan Zaid Ibrahim menang di Hulu Selangor berdasarkan perkembangan tersebut.

Dalam tempoh sama juga Ketua AMK Shah Alam bersama Timbalannya juga telah keluar parti sebagai protes pencalonan Zaid dan tidak mencalonkan Syamsul Iskandar Ketua AMK PKR sebagai calon, manakala Dr. Halili antara nama yang dikatakan juga rapat dengan Azmin juga telah bertindak sama keluar parti.

Keluarnya Dr.Halili dari payung PKR yang sebelum ini dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim begitu mengejutkan kerana banyak rahsia peribadi Anwar diketahuinya. Jesteru itu factor sebenar yang membuatkan beliau mengambil keputusan tersebut akan terus menjadi tanda tanya.

Adakah benar Anwar sekarang ini seperti dakwaan Dr. Halili dikelilingi kelompok kumpulan kecil yang mempunyai pengaruh besar terhadap Anwar sehingga menyebabkan ramai dikalangan pimpinan PKR makan hati dengan Anwar.

Sebelum ini Zulkifli Nordin memberi nama kumpulan itu adalah Firauan kecil manakala Wee Choo Keong pula memberi gelaran Liltle Napolean.

Soalnya sekarang kenapa Anwar sanggup mengikut dan mendengar kata kumpulan tersebut dari mendengar kata sahabat baiknya seperti Datuk Zahrain, Salehudin Hashim malah nasihat si buah hati Azmin Ali sendiri, itulah yang menjadi persoalan sekarang.

Desas desus kedengaran Anwar terpaksa mengikut kumpulan ini kerana mereka ini mempunyai hubungan yang baik dengan yayasan-yayasan Kristian dan barat yang berupaya menjamin dana dibekalkan kepada PKR.

Sebab itulah kalau kita lihat sebelum ini, Anwar begitu komited mengelilingi dunia melobi pluralisme agama dipraktikan di seluruh dunia islam sehingga sanggup bertindak autokrasi dan diktator mengenepikan suara dan nasihat Dr. Sidiq Fadzil dan Dr. Harun din dalam isu kalimah Allah sebelum ini.

Dari situ dapat kita persoalkan apakah kewajaran utama perjuangan parti PKR hari ini jika Deklarasi Permatang Pauh pun sudah tidak digunakan Anwar lagi seperti dakwaan Dr. Halili, tepuk dada tanya akal.

No comments:

Post a Comment