Monday, April 26, 2010


Nik Aziz punca utama kekalahan Zaid di Hulu Selangor


Parlimen Hulu Selangor semalam telah menyaksikan kembalinya sokongan rakyat kepada BN. Kemenangan BN di Hulu Selangor adalah disebabkan banyak masalah dalaman PKR terdedah serta dibantu juga tindakan bodoh wali selipar yang kini nampak seperti liabiliti ketika kempen di Hulu Selangor .


Masalah Peribadi Zaid

Zaid dilihat calon yang terlalu banyak isu dan kelemahan dan ini mudah dieksploitasi oleh Azmin sebagai master mind dan juga lauk buat blogger pro BN dalam media cywar .Peluang baik di depan mata jelas digunakan sebaik mungkin oleh Azmin Ali yang beri bola tanggung kepada BN dengan mencabar BN agar mendedahkan bukti jika benar benar Zaid seorang peminum arak tegar.Akhirnya Zaid terpaksa juga mengaku pernah terbabit dan itu disifatkan beliau kisah lama.

Walaupun Zahid telah mengaku yang beliau sebelum ini adalah bekas pengemar arak tegar,namun beliau dilihat gagal menyakinkan rakyat mengenai isu memiliki kuda lumba yang ditimbulkan oleh blogger pro BN .


Nik Aziz Liabiliti Pakatan dan punca kekalahan

Memang benar masalah moral Zaid menjadi salah satu liabiliti yang amat besar dalam tempoh berkempen di Hulu Selangor. Tetapi ia diburukkan lagi kehadiran wali selipar ke Hulu Selangor yang disensasikan oleh Malaysiakini kononnya mereka kini telah mendapat aura dan semangat baru untuk untuk berkempen.

Seperti biasa, wali selipar ini sentiasa mencetuskan kenyataan kontroversi akhirnya telah makan diri Pakatan balik kerana kebiadapan Nik Aziz yang mengingkari nasihat Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid Selangor. Kesimpulan yang kami blogger jalanan Pro BN buat ialah kedatangan Nik Aziz kali merupakan salah satu faktor besar yang menyebabkan peralihan undi kaum Melayu dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional. Khutbah Jumaat berbaur politik di masjid Bukit Sentosa serta masjid2 yang lain di Hulu Selangor inilah yang menyebabkan orang Melayu cukup marah dan benci kepada Pakatan Rakyat.


Selain itu , kehadiran Najib dan Tun M ,serta diiringi dengan kegigihan Muhyiddin dan dibantu oleh 'aura' Kamalanathan, ia membangkitkan semangat jentera-jentera BN untuk bekerja siang dan malam....
Berbanding dengan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jentera BN di Hulu Selangor yang diketuai oleh Noh ternyata bekerja bersungguh-sungguh disamping bantuan jentera dr negeri lain sehinggakan di seluruh kawasan Parlimen itu bendera parti tersebut berkibar-kibar di mana-mana sahaja.
Malahan mereka juga mengadakan kempen rumah ke rumah yang diterajui Wanita BN dan Puteri UMNO sehingga ia memberikan kesan kepada pengundi-pengundi untuk menyebelahi BN.
Kini BN kembali menegakkan panji-panji di Hulu Selangor manakala bagi parti pembangkang pula, sudah pasti selepas ini pelbagai tuduhan akan dilemparkan berikutan kejayaan BN.
Kepada pakatan haprak , tak payah la dok menuduh BN tabur duit berjuta-juta kerana Pakatan pun sama saja ... kuasa rakyat sudah membuat keputusan, maka hormatilah.

No comments:

Post a Comment