TPM pun minum arak ???
Lihatlah sendiri bagaimana "kehebatan" pakar superimposed hasil didikan dakwah Nik Aziz dan tarbiah ulamak-ulamak politik Pas.
Apabila gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak yang kononnya di "superimposed" kan itu tersebar keseluruh media maya, puak-puak Pas dan Pakatan Rakyat langsung tak tertahan panas punggung dan mula gatal tangan untuk kembali melakarkan hobi kegemaran mereka.
Maka terzahirlah sebuah "mahakarya agung" dari gerombolan pakar superimposed yang bermarkas di Wangsa Maju.
Jika sebelum ini ulamak-ulamak politik Pas sibuk mengeluarkan potongan hadis serta ayat-ayat kitabullah yang ada kaitan dengan dosa fitnah kononnya bertujuan untuk berdakwah kepada blogger-blogger pro BN, mereka sebenarnya terlupa bahawa didalam "keluarga" mereka sendiri masih ada yang jumud.
Inilah bukti bahawa pemimpin-pemimpin Pas hanya tahu mengata serta menunding jari tentang kesalahan orang lain sedangkan dikalangan mereka sendiri lebih teruk keadaannya.
Sepatutnya, ulamak-ulamak politik yang berada didalam Pas haruslah memperbetulkan kejumudan yang ada didalam jemaah mereka dahulu sebelum berniat untuk menyelongkar kesalahan pihak lain. Jangan hanya pandai mengata orang tetapi kemunafikan didepan mata sendiri dibiarkan begitu sahaja.
Ulamak-ulamak politik Pas janganlah menjadi seperti "kuali yang mengata belanga itu hitam".
Kalau beginilah sifat yang ada didalam parti yang diwar-warkan lebih islam dari orang lain itu, apa bezanya keimanan dan keislaman diantara Pas dan Umno ?
No comments:
Post a Comment