Percaturan Anwar Ibrahim supaya Zaid Ibrahim Kalah.
Dr Novandri Hasan BasriSeperti yang penulis katakan, Pakatan Rakyat bakal defensif dan dihujani dengan pelbagai isu di PK Hulu Selangor jika dibandingkan dengan PK yang lepas-lepas.
Zaid Ibrahim mempunyai isu-isu yang sangat besar seperti minum arak, lupa diri sebagai Melayu, dikatakan mempunyai trek lumba kuda, mencadangkan loteri dan sebagainya. Jika kita merujuk kepada semua itu, Zaid Ibrahim sebenarnya adalah liabiliti kepada parti PKR.
Percaturan politik Anwar Ibrahim kali ini pelik. Beliau tidak mungkin tidak tahu bebanan politik yang disandang oleh Zaid Ibrahim. Apabila ada bebanan, jentera pilihanraya akan membuang masa untuk mempertahankan calon mereka.
Makanya, Zaid Ibrahim mesti mempunyai sesuatu yang 'istimewa' untukmengatasi segala kerumitan dan kerungutan yang bakal dihadapi oleh jentera PKR. Apakah yang 'istimewa' itu?
Penulis boleh memikirkan satu jawapan iaitu wang !
Tapi jika difikirkan balik, tidak mungkin Anwar Ibrahim akan memilih Shamsul Iskandar @ Doaremon, Ketua AMK walau pun beliau beria-ia menonjolkan diri sejak kebelakangan ini. Kesihan si Doaremon kita ni.
Dari konteks parti itu sendiri, penulis ingin berkongsi maklumat dengan anda sekalian tentang modal pilihanraya Pakatan Rakyat di Hulu Selangor dan kelemahan parti tersebut :-
1. Tumpuan PKR untuk ‘menyerang’ psikologi orang-orang Felda yang banyak di Hulu Selangor itu. Mereka mahu membasuh fikiran orang Melayu disitu supaya memberi undi kepasda mereka.Mereka mahu memecahkan persepsi bahawa Felda ialah organisasi kesayangan Najib Tun Razak.Memang Najib mempunyai “soft-spot” terhadap Felda kerana Allahyarham ayahandanya yang mengasaskan agensi itu bermula dari hutan belantara kepada satu skim yang sehingga kini dicontohi banyak negara sedang membangun lainJika di atas kertas dan merujuk kepada isu-isu di atas, Zaid Ibrahim akan kalah di Hulu Selangor. Sekarang yang kita mahu lihat ialah keefektifan jentera pilihanraya BN di sana dan juga sama ada terdapat pihak-pihak yang memboikot jentera kerana calon mereka tidak dipilih!
2. Pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang ‘Semangat dan roh’ orang dulu yang senang untuk dipengaruhi.
3. Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UITM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UITM itu sahaja akan termakan dengan alasan mereka kelak.
4. Sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan Kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.
Lain-lain isu yang terpaksa dipertahankan PKR ialah :
• Isu keuntunguan jualan pasir di Selangor;
• Isu ladang babi di Mukim Batu Kuala Langat.
• Isu kalimah ALLAH dan pendebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin.
• Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Rooney Liu.
• Isu kerugian universiti Selangor (UNISEL) sebanyak 20 juta.
• Isu gambar Elizabeth Wong.
• Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UITM kepada bukan melayu .
• Isu MB pro bukan Melayu.
• Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap.
• Isu hubungan pakatan dan Istana Selangor serta cadangan menggunakan wang zakat untuk bukan Islam.
Isu-isu nasional yang dibimbangi PKR boleh mengubah sokongan pengundi Hulu Selangor kepada BN ialah : • Isu kes liwar Anwar dan Saiful.
• Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi.
• Isu pengakuan Anuar di parlimen tentang 16 September.
• Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan jumlah tajaan haji dan balak di Kelantan.
• Isu wakil rakyat pakatan lompat parti.
• Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen.
• Isu tahap keutuhan hubungan PAS,PKR dan DAP.
• Isu hubungan Pakatan dengan Sultan Perak .
Semua di atas merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN. PKR dan pakatan perlu bekerja keras untuk menyanggahnya - Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment