Ini lah dia Calon PKR " Saya pun Melayu "
Akhirnya telah sah la Anwar bin Ibrahim telah memilih Zaid Bin Ibrahim sebagai Calon PKR P94 Hulu Selangor . Katak dari Kelantan yang suka lompat ini juga menjadi pilihan Anwar dan PKR dengan mengetepikan calon muda iaitu Shamsul Iskandar Ketua AMK PKR .
PB cukup bersimpati dengan Shamsol Pendek tidak dipilih sebagai calon oleh Bang Nuar walaupun pelbagai usaha beliau untuk support Anwar hinggakan sanggup membuat demo dulu selepas solat Jumaat di Masjid Seberang Jaya dengan banner yang best iaitu " We Love Anwar "
banyak pihak yang memberi pandangan mengenai nama Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon PKR dan ulasan dari blog GAP cukup menarik kerana salah seorang master mind memilih Zaid adalah Azmin Ali !! klik di sini
Pandangan PB mengenai pemilihan Zaid sebagai calon adalah bukan sahaja bola tanggung untuk SMASH tetapi juga sepakan penalti untuk ditendang saja masuk dalam pintu GOAL !!
Zaid memang terang lagi jelas bahawa bukan berasal dari IC Selangor tetapi dari negeri Kelantan . Beliau bukan anak jati Hulu Selangor dan ini menunjukkan orang luar yang cuba mencuba nasib di tempat orang. Lagi satu beliau juga boleh digelar pemimpin katak kerana terang-terang melompat dari UMNO ke PKR .
Zaid juga memang dikenali ramai dan juga pemimpin UMNO sebagai KAKI #*#^*# maklum lah orang guaman dan boleh dikategori Melayu elit . klik di sini
Malah pemimpin UMNO seperti Datuk Shahrir Samad menyambut secara sinis apabila nama Zaid disebut calon PKR Hulu Selangor dengan menyifatkan Zaid adalah golongan Melayu elit yang ada serba -serbi termasuk hobi-hobi luar biasan dan istimewa .
“Dia boleh jadi jaguh PKR. Pilihanraya kecil ini akan jadi pertembungan antara atap genting dengan atap rumbia,” kata Shahrir yang juga bekas menteri.
Di kem PKR pulak , keputusan Anwar yang memilih Zaid Ibrahim sebaga calon juga tidak dipersetujui oleh MP -MP PKR sendiri dan kini PKR telah berpecah kepada 3 kumpulan .
klik di sini MStar ... "Satu, yang menyokong Zaid sepenuhnya sementara kedua, 'tidak akan bekerje kuat memasikan kemenangannya manakala kumpulan ketiga ialah yang akan mengsabotaj bekas ahli Umno itu dengan menggantikannya dengan calon pilihan mereka selain akan memecahkan undi kepada pembangkang "
Ini membuktikan kepada kita masalah dalaman yang berlaku dalam PKR menjelang PRK Hulu Selangor ini . Ada sumber menyatakan ini merupakan " good time "untuk Azmin 'bunuh' karier politik Zaid yang dianggapnya sebagai pesaing yang menyusahkan beliau sahaja dalam PKR .
Zaid Ibrahim , welcome to War Zone Hulu Selangor !!
No comments:
Post a Comment