Friday, April 9, 2010

Hadiah Kek Hitam oleh OKU tanda zaman gelap negeri PP di bawah kerajaan Pakatan


GEORGETOWN - Seorang wanita yang tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU) terkilan dan kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa mengabaikan kebajikan golongan sepertinya.

Fauziah Abdul Kadir, 48, hadir di tingkat 3 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam, untuk menyerahkan ‘kek hitam’ yang tertulis ‘2 tahun gelap di bawah Pakatan’ untuk diserahkan kepada Guan Eng.

“Kehadiran saya hari ini (semalam) adalah untuk menghadiahkan kek sempena ulang tahun kedua pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang kerana selama ini saya mengharungi kehidupan yang begitu gelap umpama kek ‘hitam’ ini.

“Saya bukan ingin menunjukkan perasaan marah jauh sekali melakukan perkara yang tidak baik namun sangat terkilan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri dan wakil rakyat tempat saya tinggal kerana langsung tidak mengambil tahu masalah saya sebagai OKU,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang tinggal di Permatang Janggus juga kecewa dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah mengambil peduli dengan keadaan dirinya apatah lagi menghulurkan bantuan.

“Dia (Anwar) kenalsaya malah tahu apa masalah saya, tapi dia tak datang juga untuk menghulurkan bantuan, ini membuatkan saya bertambah sedih dan terkilan kerana tidak tahu saluran mana lagi nak pergi untuk dapatkan bantuan.

“Saya pernah cuba bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah tetapi gagal kerana beberapa sebab tertentu,” katanya.

Menurutnya, beliau kini menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM250 melalui Pusat Urus Zakat (PUZ) namun masih tidak mencukupi bagi menampung kehidupannya termasuk membayar sewa rumah RM300 dan menampung perjalanan ulang alik untuk rawatan di Hospital Seberang Jaya.

“Saya menghidap penyakit tulang dan darah berkuman pada kaki sejak berusia 14 tahun sehingga kaki kanan terpaksa dipotong. Tahun lalu, kaki kiri saya pula dipotong kerana penyakit yang sama.

“Ini membataskan pergerakan saya namun pernah bekerja menjual kuih secara kecil-kecilan sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur selama enam tahun mulai 2003,” katanya yang kini tinggal dengan ibu angkat di Permatang Tengah, Permatang Pauh.


Komen

Kek Hitam kepada Guan Eng adalah tanda negeri PP berada di zaman gelap di bawah pemerintahan DAP . Guan Eng begitu syok dan bangganya duit RM 100 kepada warga emas, tetapi golongan OKU seperti Fauziah ini tidak mahu tolong . Nasib baik la ada Jabatan Kebajikan Masyarat dan PUZ membantu beliau untuk menjalani kehidupan seharian dan rawatan di hospital .

Lebih memilukan , Fauziah ini tinggal pulak dalam kawasan kubu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan mengapa tidak pihak PKR dan kerajaan negeri membantu beliau ?? Mana pergi Salleh Man dan Mansor ??

Kekesalan Fauziah terhadap kerajaan negeri yang tidak membantu dirinya mungkin disebabkan beliau dahulunya telah diperdaya oleh perayu2 undi dari PAS dan PKR yang merayunya supaya mengundi mereka di Pilihanraya kecil di Prmtg Pauh . Puak2 ini punya la dulu usung dia ke tempat mengundi tetapi akhirnya selepas menang terus dilupakan .

No comments:

Post a Comment