Saturday, April 17, 2010

Mantan Ketua Pemuda PAS PP bantah pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon


Ustaz Mohd Hafiz Nordin ketika bersama Pemuda UMNO PP membantah
penggunaan kalimah Allah oleh Kristian di PP awal Januari lalu .

GEORGETOWN - Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin membidas Pas kerana turut menyokong Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Hafiz yang juga Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) berkata, tindakan Pas itu amat memalukan kerana menyokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun mengetahui personaliti dan tindak tanduknya sebelum ini, terutama ketika di dalam UMNO.

Bagaimana Pas tergamak mengangkat seorang yang pernah mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dia tidak pernah patah balik termasuk menarik balik tuduhan atau meminta maaf atas keterlanjurannya menghina umat Islam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan menyebut mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dipinda.

Menurutnya, Zaid pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempunyai perjuangan dengan agenda tersembunyi yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai orang Islam.

Katanya, Zaid juga terlibat dengan penerbitan buku-buku sekularis, liberalis dan anti hadis melalui sebuah syarikat penerbitannya.

“Dia adalah seorang yang berjiwa pluralisme berdasarkan tulisan dalam bukunya berjudul In Good Faith.

“Adakah orang seperti ini sesuai untuk menjadi pemimpin?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut membidas PKR dan PR kerana mencalonkan Zaid Ibrahim sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu yang tidak langsung mencerminkan hasrat murni perjuangan umat Islam.

“Carilah calon yang lebih sesuai dan mampu meningkatkan martabat bangsa dan agama serta berkeupayaan membela nasib pengundi,” katanya.
- SINARHARIAN-





Sekali lagi ada pihak dalam PAS yang tidak suka Zaid Ibrahim menjadi Calon PKR di Hulu Selangor . Ini disuarakan sendiri oleh Ustaz Hafiz Nordin selaku Mantan KP PAS Pulau Pinang yang menentang sekeras-kerasnya pemilihan Zaid Ibrahim sebagai Calon PKR di Hulu Selangor.

Kalau Hafiz Nordin yang pernah berjuang membantah IFC dahulu yang disokong kuat oleh Zaid Ibrahim membantah pemilihan manusia ini untuk diangkat sebagai calon PKR , bermakna PAS dan penyokongnya harus berfikir semula untuk menyokong pemimpin yang berfikiran liberal ini .

PAS yang dahulunya menentang Zaid ibrahim dalam isu murtad Lina Joy kini sudah menjadi MUNAFIK menyokong beliau dalam PRK Hulu Selangor . PAS sudah lagi tidak fikirkan apa mereka cakap dahulu dan hari ini mereka tergamak menyokong pemimpin yang berjiwa pluralisme seperti didedahkan oleh Hafiz Nordin ini di dalam buku karya Zaid sendiri iaitu In Good Faith .

No comments:

Post a Comment