Wednesday, April 7, 2010



Mengapa borang duit RM 100 Guan Eng perlu tahu kawasan mengundi ??

borang bantuan warga emas

Jangan lupa undi DAP yaa..oops..undi Pakatan ya ...


Apabila membaca dan melihat borang sogokan RM 100 oleh Khalifah Lim Guan Eng yang diperoleh salinannya oleh rakan blogger Pisau , memang terdapat ruangan untuk diisi profil pengundi dan juga terdapat ruangan nombor pendaftar pemilih . Kemudian di bawahnya pulak terdapat ruangan kawasan Parlimen dan DUN.

Menurut sumber selepas diisi borang maklumat warga emas ini , ia akan dimasukkan ke dalam sistem http://isejahtera.penang.gov.my/wargaemas/index.php



Nama dan maklumat diri serta tempat kawasan mengundi bagi warga emas tersebut di keep in terus ke dalam sistem milik kerajaan Guan Eng .

Kepada pembaca semua , timbul persoalan di sini apa tujuan sebenar Guan Eng dan DAP buat semua ini sehingga nak dapat RM 100 pun kena isi maklumat mengundi di kawasan mana ???

Kalau warga emas itu sudah 30 tahun tinggal di PP tetapi mengundi di Kedah bagaimana pulak ?

Jika mereka memberi alasan kononnya perlu maklumat ini untuk dikemaskini data adalah tidak masuk akal . Selain dari nama dan alamat,mereka juga memperolehi nombor telefon,email serta nama waris. Ini apa maksud semua ini ??? Perlu maklumat detail sampai begitu sekali ...

Taktik Guan Eng ini memberi RM 100 tidak lain tujuan adalah untuk memperoleh undi di saluran 1 dan 2 kerana saluran ini lah mereka selalu kalah semasa pilihanraya. Jadi , bermula tahun ini menjelang PRU 13 mereka telah memulakan kempen rasuah beli undi kepada warga emas .

Kalau Guan Eng ikhlas hendak beri sumbangan kepada warga emas seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat lakukan, tidak perlu buat ruangan mengenai daftar pemilih dan profiling tempat mengundi .

PB berharap Datuk Azhar dan Datuk Abd Jalil atau Pemuda UMNO Negeri agar membuat laporan polis menyiasat mengapa wang kerajaan negeri digunakan untuk tujuan profiling daftar pemilih pengundi?

Selain itu , buat juga laporan kepada SPRM berkenaan kenyataan khalifah Guan Eng yang mengingatkan kepada penerima wang Rm100 agar mengundi DAP dan Pakatan seperti dilaporkan rakan blogger pisau.

No comments:

Post a Comment