Sunday, July 3, 2011

BERSIH: MELEMBUKAN RAKYAT


1. Teringat kisah orang-orang tua kenapa ayam tak boleh terbang macam burung helang. Katanya Jarum Emas yang membolehkan ayam terbang hilang. Jadi sebab tu ayam dok kais tanah tak henti-henti. Dok cari jarum mas tu la kot. Mana la tahu, kot-kot terjumpa. Mulut dia pulak potpet2 sekampung...bising. Dah la buat kerja tak ada faedah, bising la pulak. Mungkin si ayam tu kena injek ubat kot. Rasa mengepak je.

2. Heran. Macam mana la Pan Islamic Party sebuah Parti Kebajikan pilih orang yang kena tangkap khalwat dgn isteri orang (Norma) di bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu pada 31 Januari 1995 boleh jadi Timbalan Presiden Parti Kebajikan. Alasannya ketika kena tangkap khalwat tu pun dah melembukan ahli-ahli dia, katanya Norma datang hantar ubat sakit perut. Padahal dekat 20 minit tercangok depan pintu baru dia buka pintu bilik hotel. Tudung Norma terlondeh. Mat Sabu pakai tuala ja. Katil berselerak. Mungkin Mat Sabu buas kot. Sebab tu lah PAS dah buang Islam dan ambil Mat Sabu. Mat Sabu sekali lagi berjaya meng"LEMBU"kan ahli-ahli PAS jadi Parti Kebajikan. Sekarang dia nak meng"LEMBU"kan rakyat pulak. Ajak buat benda syirik. Menyembah S.Ambiga.

3. S.Ambiga yang hari tu sokong-galak orang islam murtad. PAS pun dah sembah dia. Mungkin sebab PAS nak buat Kebajikan kepada Ambiga kot. Mana lah tahu nanti dapat masuk syurga ramai-ramai. Tanya la Ustaz Mat Sabu, dia boleh tolong confirmkan. Seperti mana dia confirmkan dulu bahawa Anwar Ibrahim sebagai peliwat. Macam kokok ayam dia dakwa Anwar tu "Al-Juburi". Sekarang dia confirm kan pulak bahawa Anwar tu tak macam dia. Anwar tu baik lah. Itu lah, ini lah. Siap ajak orang ramai turun sembah-sembah Ambiga nak selamatkan Anwar Ibrahim kononnya "BERSIH".

4. Anwar Ibrahim senyum ja tengok gelagat Mat Sabu sebab mana lah tahu BERSIH ni boleh bersihkan dosa-dosa dia. BERSIH dosa ni bukan susah, pam duit KEBAJIKAN je, maka akan cucilah segala dosa-dosa yang ada. Betul tak Ambiga?............apasal Dato ni senyap je.

5. Ler...patut la. Ambiga tu kan ker berhala sembahan PAS ja. Mana boleh cakap. Patung.

6. Pandai Mat Sabu buat lawak lagi. Kali ni buat tajuk lawak dia Meng"LEMBU"kan rakyat. Orang-orang PAS la ramai yang kena kenan lembu ni. Pakat gelak. Siap Takbir lagi. Yang islam PKR pulak pakat lali dapat injection ubat. Tiba-tiba saja rasa kuat, padahal kurus melengkung macam penagih gian. Anwar pulak dok menyorok belakang patung sembahan, Ambiga. Belakang Anwar pulak pun ada yang menyorok jugak. Ramai pulak tu. Nampak macam sepet pun ada, hidung tinggi pun ada, yang bersiung-bersayap pun ramai. Siap bagi briefcase ada isi lagi, " Ambiga, you nampak ka isi ini briefcase, lumayan. nanti kita pakat-pakat share naaa... Kasi BERSIH dulu...hihihi".

Kena LEMBU lagiiiii...

Monday, November 1, 2010

MERASUAH RAKYAT DENGAN SEKEPING KERTAS - GALAS.

TEKNIK MERASUAH YAAMAT BIJAKSANA - ala Tok Guru
Siri Mari Belajar kaedah UPSR darjah satu


Maka dengan ini, Tok Guru dengan khusyuk, tawadduq, beriman dan bertaqwanya menentang kejahilan, kezaliman untuk menegakkan Islam maka dengan jujur, iklas dan takdok rasuahnya menganugerahkan sekeping geran hak milk tanah kepada penduduk sini untuk mengundi Pas dan masuk sorga. Semoga selepas Pas menang ini duit-duit berketol-ketol luruh dari langit untuk tuan-tuan mendapat limpahan nikmat kerana mengundi Islam.


"Mari bergumbira, kita buleh tanoh dohhh"

Merasuah dengan sekeping kertas. YB Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada tahun 2007 sebelum PRU12, meng"anu"gerahkan geran tanah kepada 300 penduduk Kg. Lapan Jaya di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi dekat Galas atas nama Ladang Rakyat.10 ekar seorang dan sebuah rumah setiap satu lot. "Undilah Pas kalau mahu program itu diteruskan", katanya. Dia akan tambah jika Pas berjaya menang dalam pilihan raya (PRU 2008), semua pemegang sijil itu akan dapat "extra" bayaran sebanyak RM700 serta bonus RM200 setiap bulan, tambahnya lagi.
Maka berlalulah PRU-12. Menanglah Pas di situ sampai jadi kerajaan negeri. Selepas itu batang hidung Nik Aziz yang amat bijaksana itu pun tak nampak dah. Pas jual rakyat macam tu ja dengan merasuah sekeping kertas geran palsu sebagai "anu"gerah. Rakyat bodoh, Pas yaamat bijak. Sampai hari ini, penduduk2 situ masih menunggu tanah, rumah dan duit extra yang dijanji "anu"gerah itu yang tak timbul-timbul. Apa yang ada hanya "anu" masing-masing saja. Maka tinggal lah rakyat yang daif itu berkenangankan sekeping kertas seposen yang ditandatangan Tok Nik sebagai satu lambang souvinir yang begitu besar dari Tok Guru Pas.
Amat bijaksana di dunia namun tidak bijaksana di akhirat. Jadi "Good Luck"lah, semoga Datuk Nik Aziz akan berjaya menggunakan pendekatan politik yang bijaksana itu semasa berdepan Allah di akhirat nanti. Kaedah menjawap pusing-pusing pokok cara Pas, kot-kot tuhan pun boleh dia makan nanti. Sekali lagi: Semoga berjaya di dunia dan akhirat, Takbir!!!

Thursday, October 21, 2010

WARKAH UNTUK TUN ( BERSEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010; 20- 23 OKT )

WARKAH UNTUK TUN
( BERSEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO, 21-23 OKT 2010 )
Planet menukilkan juga luahan hati rakan Planet, MayangPerapu, sebelum DS Najib menjadi PM, warkahnya kepada Tun Mahathir pada pertengahan tahun 2008 ketika musim perebutan jawatan UMNO. Seperti berikut:

Ayahanda Tun,

1. Banyak yg tidak kena; current UMNO's culture, the way managing the nation, total behaviour of the voters. Repackaging InsyaAllah berlaku but no point if DS Najib cannot pull the confidence of rakyat towards a common sharing. Kita multi racial but perjuangan towards islam, melayu & daulah kita tidak boleh terlalu kabur. Kena high-lite the "contract". It says all. Menidakkan ia bererti menidakkan kewarganegaraan sendiri, termasuk orang melayu juga. Itu saja. Tebarkan dgn cara bijaksana with support data, fact, argument , win-win situation for all. Ini tidak dibuat oleh pemimpin2 sedia ada.

Pak Lah memang melakukan banyak langkah yg tersasar. Makin lama makin seperti tikus perbaik labu. Memberi ruang yang makin membesar kepada tikus di dalam labu. Meninggalkan kepada DS Najib banyak hambatan yang perlu diperbaiki secara trouble-shoot. DS Najib harus mengambil langkah-langkah yg tepat. (Ini semasa Pak Lah masih PM )

2. Kita tidak punya banyak masa. Tetapi agak kecewa, perubahan yg diharapkan yg sepatutnya berlaku kpd UMNO hari ini sebenarnya tidak pun berlaku. Kalau dulu sebelum PRU-12 kita mengharapkan calon-calonnya tepat. Juga tidak berlaku. Ada barah, tidak dilihat oleh seorang pun pemimpin2 UMNO. Kebanyakan pemimpin2 UMNO menuju kepada indikator yg salah. ( Apabila Tun Mahathir high-lite. Dia pulak disalahkan ). Pada saya mereka tidak sepatutnya berada di situ. Pemimpin2 yg ada tidak menjawab kpd penyelesaian masalah tetapi membuka kepada permasalah yang lain, "bola tanggung". Mereka ini yang tidak layak, mengisi jawatan-jawatan terpenting menentukan masa depan anak-anak kita. Apa yang Tun bina sekian lama dilihat hancur. Kita tidak sepatutnya berada pada tahap ini lagi pada hari ini. Sepatutnya telah menjadi pemain dunia yg lebih daripada dulu seperti yang telah dibuka jalan oleh Tun. Pada hemat saya DS Najib harus membentuk pemikiran rakyat pelbagai kaum kepada satu perkongsian emosi. Untuk itu fokusnya harus ke luar negara kepada perkara2 @ peristiwa global ( Suara Malaysia mesti dilihat ). Diversification ini perlu.

3. Agak memalukan kita telanjang bulat dgn mendedahkan budaya buruk UMNO menjadi buah-mulut ramai. Perhimpunan Agung UMNO tidak perlu pun dibuat siaran langsung ke semua tempat!? ( Ini berikutan Perhimpunan Agung UMNO sebelumnya yang mendedahkan banyak kepincangan dalaman tentang peri-laku sendiri dan satu Malaysia tengok secara langsung ). 
Dalam kain kita hendak didedah macamlah kita sahaja yang huni bumi bertuah ini. Hari ini kita kurang laku. Membuka cerita sensitif penting dalaman orang melayu kepada tatapan ramai seperti memberi peluru kepada musuh. Untuk apa perdebatan terbuka? Yang tertutup memang perlu. Kita mahukan misi & visi yang jelas bagi penawaran menjadi pemimpin-pemimpin melayu ini. Ini tidak berlaku kpd orang2 yang menawarkan diri menjadi menjadi Ketua2 Bahagian pun! Tetapi pelik mereka ini jugalah yg dipilih. Tiada visi. Tidak ada jiwa & roh. UMNO adalah parti orang melayu-islam sudah tentulah membawa perjuangan teras memartabatkan bangsanya. Ia berkepentingan sepertimana juga MCA untuk kaum cina dan MIC untuk kaum india. Begitu juga DAP & Gerakan secara tersirat untuk cina. Kenapa perlu didedah ke seantero negara? Mereka membawa kepentingan dan strategi untuk kaum mereka tetapi tidak mendedahkan apa-apa pun.

4. Pembentukan UMNO supaya menjadi bangsa definitive kepada pengwujudan Bangsa Malaysia kini tidak boleh berlaku. Melayu masih satu bangsa yang termundur secara nisbah. Tiada magnet menjadi definitive supaya kaum-kaum lain menerima nilai-nilai kita ke muka ke arah pembentukan Negara Bangsa. Tiada makna sekiranya kita ada Bangsa Malaysia tetapi budayanya bukan teras kita. Bangsa yang asal (dgn hormat).

5. Ini tidak pun seperti Barrack Hussein Obama, anak kepada perempuan kulit putih yang bapanya Afrikan. Beliau dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat bersebab; beliau tidak bersekolah aliran Tamil, Cina atau Afrika di negara Amerika. Beliau tidak pun berbahasa Tamil, Cina atau Afrika di Amerika. Beliau bersekolah dan berbudaya seperti mana juga Amerikan-amerikan yang lain. Kebangsaan yang sama. Dan beliau memenuhi tuntutan syarat utama kerana beliau adalah kristian tulen yang diterima dan dipandang sebagai agama teras universal di Amerika. Mana mungkin Cina atau India di Malaysia yang lebih fasih bahasa cina atau india dan Bahasa Malaysia hanyalah sebagai bahasa kedua atau ketiga selepas Inggeris hendak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia. Apatah lagi tidak memenuhi syarat teras kewarganegaraan secara budaya dan beragama rasmi. Budaya Melayu dan agama Islam. Jesteru itu sebenarnya di kalangan kaum bukan melayu dan bumiputera yang asalnya pendatang yang ada hari ini di Malaysia sebenarnya tidak layak pun sebut untuk menduduki kerusi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Malah Menteri pun mereka tidak layak. Apa yang mereka dapat sebenarnya adalah ehsan daripada Bangsa Melayu atas sifat toleransi yang tinggi. Itu pun tidak bersyukur. Ini sudah bersifat penderhakaan sebenarnya. Itu pun pemimpin-pemimpin yang menganggap mereka pemimpin Melayu masih menikus. Memalukan!!!

6. Tun, jawatan di dlm UMNO dibeli seperti di pasar malam. Ada tawaran ada permintaan. Yang membeli salah tetapi yang menjual lebih lagi salah. Apa nak buat, orang melayu untuk kehidupan hari ini, ramai yg susah tetapi berkeinginan besar. Jadi mudah dibeli kerana jiwa mahu senang cara tersenang. Ketua2 UMNO sahaja hari ini agak sukar untuk dikatakan tidak jutawan. Mereka yang naik ini bukan leaders ( Pemimpin ) mereka adalah political managers ( Pengurus Politik )yg tahu mengurus politik dan bagaimana untuk naik ke atas untuk kuasa. Harta. Mana mungkin potensi baru boleh bersaing dengan mereka ini yg telah diperkayakan lama dulu dan sanggup melabur. Melabur sudah tentu berpulangan. Ini perniagaan. Mesti ada untung!!!

Hormat tidak boleh dipaksa Tun, hormat datang bersama maruah. Ini tidak ada. Nilai tidak ada. Kualiti pemimpin-pemimpin UMNO kini secara keseluruhannya terhadap maruah, tidak ada.

7. UMNO perlu diperbetulkan dulu. Budayanya. Presiden perlu di”hormati secara terhormat”. Yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. Kuncinya Iman dan taqwa. Keseluruhannya tidak ada. Presiden perlu faham yang ditanggungnya berat, Amanah. Kerusi itu perlu diperkuatkan dulu. Maruahnya perlu datang drp bawah. Kepimpinan UMNO yang bermaruah (MKT & Ketua2) akan memperkuatkan maruah kerusi Presiden UMNO. Barulah pengerusi BN ini bermaruah dan akan dihormati komponen2 lain, punya pengaruh dan sebagai PM dia perlulah pula dilihat bijaksana, sharp thinker, creative, pointers, rational, realistic dengan cara berdepan. Eye contact perlu. Ini adalah tandaan bahawa dia milik rakyat. Rakyat harus bangga memiliki dia.

Kuncinya; Melayu harus kembali sekurang2 70% kepada UMNO sebelum menjelang PRU-13. Then arrest will follow.

Hormat saya untuk Ayahanda. Terima kasih untuk segalanya.

PlanetOrangBumi: Selepas lebih 2 tahun warkah ini, kelihatannya ada tindakan. Dibawa hembus ke dalam Perhimpunan Agong UMNO. Harap juga tidak terlambat. Harapannya biarlah perubahan itu benar-benar tulus, bertawadduk dan bertaqwa, berlaku dan dibuat. Bukan hanya menang sorak di Kuala Lumpur dan baliknya ke kawasan menyepi. Akarnya; Islam, Melayu dan Nusa...biarlah jelmanya berteras yang sama, bukan hanya retorika pentasan. 

PERLEMBAGAAN YANG TIADA RUH ( BERSEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 )

PERLEMBAGAAN YANG TIADA RUH
( BERSEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO OKT 2010 )
Planet teringat artikel rakan Planet, MayangPerapu ( perapu.blogspot ) pada Januari lepas tentang peri penting Perlembagaan. Katanya tiada ruh...Perlembagaan yang tiada ruh...


 1. Bila kita ada Perlembagaan Negara tapi kita tidak menggemburkan ruh dia, jadilah dia satu lembaga yang tiada ruh.

2. Perlembagaan berkait dengan undang-undang tertinggi negara, yang kita sebagai rakyat terikat dengan "kontrak" itu. Jika melanggar kontrak, pasti ada tindakannya. Jika tidak dibuat tindakan, pihak yang diamanahkan itulah yang tidak melaksanakan tanggunjawab.

3. Jika seorang itu mencuri. Jika tiada undang-undang, tidak lah ada apa dan tidak boleh ditakrif betul atau salah. Hanya norma sesuatu tempat yang menjastifikasikan betul @ salah. Tetapi jika ada undang-undang mentakrifkan bahawa mencuri itu salah dan ada cara tindakan serta ada pula hukumnya, maka mencuri itu salah dan wajib diambil tindakan terhadap pesalah. Dia diadili pula selepas itu. Jika terbukti bersalah, ada pula tindakan dan hukumannya. Yang diamanahkan oleh kuasa dan undang-undanglah yang bertindak menangkap, membicara dan menghukum. Jika yang diamanahkan bertindak tidak melaksanakan tanggungjawab maka sebenarnya dia pula yang jatuh bersalah.

4. Maka jika penguatkuasaan tidak dibuat, tiada tindakan, tidak melaksana roh undang-undang tertinggi negara, siapa yang salah?

*Pokok-pangkalnya, ada perkara benar, kita betul, tapi kita tidak bertindak memperbetulkan. Maka kita yang betul akan  jadi salah. Sebagai warga, kita ada rukun tapi ada yang mengaku warga tidak menerima rukun itu malah memperlekeh, meperleceh dan menghina. Tidak kah mengambil tindakan kepada anasir ini suatu yang betul?

Wednesday, October 20, 2010

KE MANA SUKMA DARMAWAN?

KE MANA SUKMA KU...
Pelakon-pelakon Drama "Kereta Api Di Hujung Tivoli"

BABAI...heh..heh..heh

Planet teringat nostalgia lama bila Tun Mahathir kata, tindakan 10 tahun lalu membawa "Kes liwat" pelakon yang sama ke mahkamah ada asasnya dan tepat. Maka Planet cuba bayang-bayangkan heroin lama dulu, pelakon pembantu yang amat hebat, Sukma Darmawan ( nama ada unsur-unsur komersial gitu haaa ). Beliau adalah gandingan pelakon utama. Tak kanlah bila ada pelakon-pelakon yang baru, hit-hit artis-artis lama ni dilupakan.
Mana dia aaa? ada siapa-siapa boleh bagi tau Planet. Sukma ni banyak kenangan terindah, tak nak kongsi sama ke...( lagi...)

AHLI MAJLIS P.PINANG BUAT HOMEWORK DI BILIK HOTEL

YB Tuan Kalipah, adakah Ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang membuat homework tambahan di bilik hotel semasa lawatan kerja di Singapura?

 
"Ehh...mana ada..Amar Mungkar Nahi Maaruf, ini Semua FITNAH Umno, pssst..Sabu,..Malik lu tolong tambah sat..wa mau pi meeting" - kalipah PAS-DAP-PKR Pulau Pinang

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dikatakan membawa pelacur balik ke bilik hotel semasa mengikuti rombongan kerja ke Singapura baru-baru ini. Syabas diucapkan kepada Ketua Pemuda pusat PCM ( Parti Cinta Malaysia ) di atas pendedahan tersebut. Lebih syabas lagi kepada ahli-ahli majlis MPPP orang-orang kuat dari parti-parti Pakatan kerana membawa pelacur balik ke bilik untuk tujuan tugasan kerja masing-masing bagi pihak kerajaan negeri demi untuk kesejahteraan rakyat Pulau Pinang dengan Cekap, begitu Akauntabel dan amat Telus. Ternyata ahli-ahli Majlis dari Pakatan ini begitu tekun membuat homework masing-masing. Persoalan seterusnya; upah buat kerja lebih masa (homework) tu dibiayai oleh kerajaan negeri P.Pinang jugak ke? Hidup Kalipahhh!!! Semoga ustaz-ustaz Pas terus mendokan kalipah umar mereka di mimbar-mimbar Jumaat di negeri P.Pinang.

Thursday, April 29, 2010

'Saya terima RM4 juta'

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan. 

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti. 

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh. 

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.
Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini. 

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan. 

Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.

Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah. 

Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.

Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau. 

Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan. 

Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.

Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.
"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.
"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.


Peristiwa 13 Mei 1969



Sejak Kebelakangan ini, sentimen perkauman makin hangat di Malaysia yang kita cintai ini. Oleh kerana sikap segelintir ahli politik yang tak tahu menghargai dan menilai erti kedamaian. Hari demi hari keluar di akhbar2 berita2 yang amat menyakitkan hati terutama kepada Orang2 Melayu. Aku cuma berharap agar kita semua terutama bangsa-bangsa lain di Malaysia berhenti dari bermain dengan api. Ingatlah bahawa kita duduk di dalam sebuah negara yang aman selama ini. Janganlah di sebabkan kegilaan kuasa, kita sanggup  menggadaikan keamanan dan keharmonian ini. Di sebab kan inilah aku memetik Peristiwa 13 Mei 1969 ini untuk kita renung bersama. Aku tau memang dah byk blog ulang sejarah hitam nih, tapi nampak nya kita masih belum belajar dari peristiwa ini. Belajarlah dari kesilapan kita yang lampau. Berdoalah perkara ini tidak berulang.




Peristiwa 13 Mei 1969
Dipetik Dari: Wikipedia
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-LAIN : 3 orang


Penghapusan Bangsa Melayu Di Pulau Pinang!


Kita sering lihat dan baca gerai2 peniaga2 Melayu di Penang di robohkan, malahan kampung2 lama Melayu di Penang juga telah lenyap. Apa yang aku nampak ialah DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai SINGAPURA kedua. Mereka tahu adalah amat sukar dan boleh di katakan TIDANG MUNGKIN mereka akan ke Putrajaya dan ini lah langkah altenatif mereka, HAPUSKAN MELAYU DI PULAU PINANG! Bila Melayu tertekan duduk di Pulau Pinang, mereka akan keluar dari situ, maka yang mampu duduk di P.Pinang hanyalah orang CINA.

Fikir-fikirkan lah. CINA amat bijak dalam hal2 putar belit ni. Kita ingat Anwar Ibrahim bijak, tapi hakikatnya Anwar Ibrahim hanyalah "PAWN" dalam satu permainan catur yang di mainkan oleh DAP. Di Hulu Selangor bukti bagaimana sikap orang CINA. Kerajaan kasik macam2 peruntukan, DERANG SAPU HABIS! Tepuk tangan punya la kuat! Siap peluk lagi calon BN, tapi masa undi apa dah jadi?

Melayu masih belum sedar???
Perati baik-baik... dalam-dalam... lu pikiaq la sendiri...




Tonggak kedua Rukun Negara perlu disuburkan

KEBELAKANGAN ini timbul berbagai tindakan yang dilihat seperti langsung tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu. Ada antara tindakan itu bukan sahaja dianggap tidak menghormati undang-undang, malah ada yang sanggup mencemarkan institusi raja melalui perbuatan, misalnya mengadakan demonstrasi di hadapan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak atau melalui persidangan Dewan Undangan Negeri. Perlu difahami bahawa Raja-Raja Melayu adalah simbol dan keagungan serta kedaulatan negara ini.

Jika dilihat kembali semasa proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah mengingatkan semua pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di Selangor supaya memastikan masjid tidak digunakan sebagai gelanggang politik.

Tetapi yang terjadi sebaliknya pula. Pihak pembangkang mengambil sikap tidak endah titah Sultan Selangor. Menurut laporan akhbar-akhbar utama, Menteri Besar Kelantan yang turut berkempen di Hulu Selangor mengatakan larangan menggunakan masjid dan surau untuk berpolitik sebagai karut dan ia adalah hasil peninggalan penjajah. Selanjutnya beliau dilaporkan sebagai berkata politik boleh disebut atau dibincang di mana-mana. Azan yang dilaungkan bilal adalah suatu politik kerana memanggil orang ramai mengerjakan solat di masjid. Selanjutnya beliau berkata, Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengasingkan antara agama dan politik.

Jika diteliti, titah Sultan Selangor ada baiknya. Larangan berpolitik di masjid dan surau dikhuatiri akan mendatangkan lebih banyak masalah (keburukan) dan kemudaratan berbanding dengan kebaikan terhadap masyarakat. Ini kerana pada masa kini, masyarakat Melayu Islam bukan sahaja berpecah belah, malah sanggup berpuak-puak hanya disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza. Tentu kita masih belum lupa, suatu ketika dahulu terdapat isu-isu yang merendahkan martabat Islam seperti sembahyang dua imam dan isu kafir-mengkafir.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju masjid digunakan sebagai lokasi untuk kempen politik. Selanjutnya beliau berkata, sekiranya kempen politik atau untuk apa sahaja aktiviti parti dibenarkan, ia akan menimbulkan masalah dan perpecahan akan lebih teruk berlaku dalam masyarakat.

Terkini berlaku pula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah apabila dua soalan bertulis yang dikemukakan oleh seorang ahli DUN dari Pas yang bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Sepatutnya, soalan-soalan yang berkaitan dengan institusi Raja-Raja Melayu yang menyentuh mana-mana Sultan atau Raja Melayu yang boleh mendatangkan satu polemik pada masa depan dihindarkan daripada dibincangkan di dalam sidang DUN. Pemimpin-pemimpin politik tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang terutamanya pemimpin-pemimpin Melayu seharusnya menjadi benteng dan pembela merangkap 'hulu balang" yang mempertahankan kedaulatan agama Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Rakyat negara ini pada semua peringkat umur dan bangsa sewajarnya tidak lupa dan maklum dengan tonggak kedua Rukun Negara iaitu 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'. Hari ini, rakyat dilihat seolah-olah sudah lupa kepada Rukun Negara.

Usaha-usaha menyemai maksud yang tersirat pada setiap tonggak Rukun Negara harus dibuat dengan kadar segera melalui kempen-kempen di media cetak dan media elektronik supaya setiap rakyat di negara ini dapat menjiwai dan mendalaminya.

Setiap tonggak Rukun Negara yang diamalkan sejak dahulu telah berjaya menjamin kestabilan negara dan keharmonian hubungan kaum. Jangan ada lagi pihak yang cuba mempertikaikan, malah menghina prinsip yang telah diterima dan telah termaktub itu.

NADZIR AWANG AHMAD
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara Perlis

Jawapan Sultan kepada penderhaka !


"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.


"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.


"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.


"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.


Sumber - Malaysiakini

Orang tua nyanyuk ni, dia buat apapun semuanya betul.


Kalau dia kata pangkah parti dia dapat pahala..., itu betul.


Kalau dia kata masuk parti dia beroleh syurga...., itu juga betul.


Kalau dia kata berkawan dengan syaitan tak apa....., itu semestinya juga betul.


Dan kalau dia mahu menjadi penderhaka kepada raja...., mana boleh salah. Itu pasti juga betul.


Sebab itulah dia bangga jika juak partinya curi selipar jambannya yang disifatkan ada berkat.


Dan dia juga bangga apabila di Terengganu ada imam yang tak pernah miss melihat gambar dirinya setiap hari kononnya beroleh pahala.


Dan dia amat berbangga bila dihentam dan diganggu akibat salahlakunya oleh kerajaan kerana dia berasa dirinya setaraf nabi yang dikeji dan diganggu oleh puak Quraisy.


Sebenarnya orang tua nyanyuk ini sudah mabukkan kuasa dan pangkat dunia. Dia berasakan bahawa dialah segalanya tanpa menyedari bahawa dia akan menjadi baja tanah jua satu hari nanti.


Perpecahan dan juga keretakkan ummah di negara ini merupakan satu kepuasan bagi dirinya. Tiada yang lebih memuaskan hati orang tua ini kecuali melihatkan umat Islam dan orang melayu bergaduh serta bercakaran sesama sendiri.


Yang hairannya, masih ada lagi yang buta mata hati menjunjung dia ini sebagai ulamak pewaris nabi, walaupun kebanyakan yang ditonjolkannya ialah sifat Iblis yang berhasad dengki.

Wednesday, April 28, 2010


TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM

KENYATAAN MEDIA
16 April 2010

TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang berat isu perobohan gerai-gerai haram yang telah dijadikan isu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian satu Jawatankuasa telah dibentuk. 

Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Y.B. Mansor bin Hj. Othman, turut dibantu oleh Y.B. Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas serta pegawai-pegawai kanan dari semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Hasil dari beberapa siri mesyuarat jawatankuasa ini telah merumuskan tindakan seperti berikut: 

1.         Gerai-gerai haram di atas tanah Kerajaan Negeri/persendirian yang boleh     dirobohkan:
            1.1) Gerai yang menerima banyak aduan.
            1.2) Gerai yang didirikan atas tanah dalam cadangan untuk dibangunkan.
            1.3) Gerai yang dalam rundingan untuk penempatan semula.
            1.4 )Gerai yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan, kebersihan dan alam sekitar.
            1.5) Gerai yang beroperasi di sekitar tapak penjaja majlis/kompleks /pasar awam
            1.6) Gerai yang berada 9 meter daripada persimpangan jalan raya
            1.7) Gerai di kawasan sekolah dan hospital
            1.8) Gerai di jalan-jalan protokol

2.         Kategori Gerai Yang Boleh Dikompaun
            2.1) Gerai yang tidak mematuhi syarat lesen
            2.2) Gerai yang tidak berlesen
            2.3) Gerai yang menghalang tempat awam

           
3.         Kategori Yang Boleh dilesenkan
            Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenalpasti  kawasan yang 
            sesuai untuk dibenarkan aktiviti-aktiviti perniagaan dengan             mematuhi syarat-syarat 
            yang ditetapkan. 

4.         Kawasan-kawasan Cadangan Penjenamaan Semula (Re branding)
            Pihak Berkuasa Tempatan akan mengemukan profile dan gambar bagi gerai/kompleks    
            yang   boleh dimajukan. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengiklankan semula senarai   
           gerai-gerai yang tidak berdaya maju ini dalam bulan Mei akan datang. Berikut adalah antara  
           kawasan yang akan dibuat   penjenamaan semula (Re branding) ;

            4.1) Jalan Terengganu (Projek Persekutuan)
            4.2) Astaka Gelugor (Projek Persekutuan)
            4.3) Kompleks dan Gerai Bayu Senja, Batu Feringghi
            4.4) Moon Light Bay
            4.5) Gerai di Gelugor
            4.6) Sungai Setar Kechil
            4.7) Gerai di Pekan Penanti
            4.8) Tapak Penjaja Batu Maung
            4.9) Pasar Jelutong
            4.10) Tapak Penjaja Lebuh Cecil
            4.11) Pasar Pulau Tikus
            4.12) Pasar Air Itam
            4.13) Kompleks Taman Pandan
            4.14) Kompleks Taman Bunga Tanjung
            4.15) Kompleks Taman Desa Palma
            4.16) Kompleks Taman Budiman

5.         Kawasan-kawasan Untuk Diswastakan
            MPPP
            Komplek Mutiara Heights
            Kompleks Gold Cost

MPSP
Seberang Perai Utara
Kompleks Bagan Lallang (Sebelah Acku)
Kompleks Perindustrian Teras Jaya 4
Kompleks Perindustrian Teras Jaya
Kompleks Taman Perkas
Kompleks Taman Iks Sungai Lokan
Kompleks Taman Iks Sungai Lokan 3


Seberang Perai Tengah
 Kompleks Taman Iks Juru 4
             Kompleks Iks Usahajaya 3
             Kompleks Taman Binajaya
             Kompelks Taman Bidara
             Kompleks Taman Permai Jaya
             Kompleks Taman Permata Indah
             Kompleks Taman Jambu
             Kompleks Taman Selesa
             Kompleks Taman Teguh
             Kompleks Makanan Taman Machang Bubuk 2

            Seberang Perai Selatan
            Kompleks Taman Nafiri
            Kompleks Taman Jawi Jaya
            Kompleks Taman Seruling Emas
            Kompleks  Taman Serunai    
            Kompleks Taman Murai Jaya
             Kompleks Taman Seruling

 6.         Kawasan-kawasan Baru Untuk Dibuka
            Pihak Pejabat Daerah akan mengenalpasti kawasan-kawasan baru untuk dibuka bagi 
            membolehkan lebih banyak kawasan perniagaan dibina dan seterusnya memberikan peluang 
           kepada pihak peniaga menambahkan pendapatan. Berikut adalah antara kawasan baru yang 
           dicadang untuk dibuka: 

                        Daerah Timur Laut  
-           Tapak Rumah Tsunami Fasa II, Pantai Miami
-           Batu Feringghi, Sebahagian Lot 4, Seksyen 1.

7.         Mekanisme Penguatkuasaan
            Satu Unit Penguatkuasaan Khas (Task Force) akan diwujudkan yang beribu  pejabat di   
            Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.

8.         Kawasan-kawasan yang Akan Diambil Tindakan Segera
             Jawatankuasa juga membuat rumusan terdapat kawasan yang akan diambil  tindakan segera 
             oleh MPPP dan MPSP adalah seperti berikut: 
            8.1) Kawasan Pelancongan
            8.2) Kawasan yang mengalami gangguan lalu lintas
            8.3) Kawasan Perumahan
            8.4) Kawasan yang banyak aduan orang ramai
            8.5) Struktur baru (kekal dan separa kekal)
           
            Tindakan akan mula diambil pada 1 Mei 2010 untuk merobohkan gerai/struktur baru di 
            kawasan-kawasan seperti di atas. Bagi binaan haram di tanah-tanah persendirian akan 
            diberikan notis terlebih dahulu dan tindakan akan diambil    selepas 2 Mei 2010.

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang