Monday, November 1, 2010

MERASUAH RAKYAT DENGAN SEKEPING KERTAS - GALAS.

TEKNIK MERASUAH YAAMAT BIJAKSANA - ala Tok Guru
Siri Mari Belajar kaedah UPSR darjah satu


Maka dengan ini, Tok Guru dengan khusyuk, tawadduq, beriman dan bertaqwanya menentang kejahilan, kezaliman untuk menegakkan Islam maka dengan jujur, iklas dan takdok rasuahnya menganugerahkan sekeping geran hak milk tanah kepada penduduk sini untuk mengundi Pas dan masuk sorga. Semoga selepas Pas menang ini duit-duit berketol-ketol luruh dari langit untuk tuan-tuan mendapat limpahan nikmat kerana mengundi Islam.


"Mari bergumbira, kita buleh tanoh dohhh"

Merasuah dengan sekeping kertas. YB Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada tahun 2007 sebelum PRU12, meng"anu"gerahkan geran tanah kepada 300 penduduk Kg. Lapan Jaya di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi dekat Galas atas nama Ladang Rakyat.10 ekar seorang dan sebuah rumah setiap satu lot. "Undilah Pas kalau mahu program itu diteruskan", katanya. Dia akan tambah jika Pas berjaya menang dalam pilihan raya (PRU 2008), semua pemegang sijil itu akan dapat "extra" bayaran sebanyak RM700 serta bonus RM200 setiap bulan, tambahnya lagi.
Maka berlalulah PRU-12. Menanglah Pas di situ sampai jadi kerajaan negeri. Selepas itu batang hidung Nik Aziz yang amat bijaksana itu pun tak nampak dah. Pas jual rakyat macam tu ja dengan merasuah sekeping kertas geran palsu sebagai "anu"gerah. Rakyat bodoh, Pas yaamat bijak. Sampai hari ini, penduduk2 situ masih menunggu tanah, rumah dan duit extra yang dijanji "anu"gerah itu yang tak timbul-timbul. Apa yang ada hanya "anu" masing-masing saja. Maka tinggal lah rakyat yang daif itu berkenangankan sekeping kertas seposen yang ditandatangan Tok Nik sebagai satu lambang souvinir yang begitu besar dari Tok Guru Pas.
Amat bijaksana di dunia namun tidak bijaksana di akhirat. Jadi "Good Luck"lah, semoga Datuk Nik Aziz akan berjaya menggunakan pendekatan politik yang bijaksana itu semasa berdepan Allah di akhirat nanti. Kaedah menjawap pusing-pusing pokok cara Pas, kot-kot tuhan pun boleh dia makan nanti. Sekali lagi: Semoga berjaya di dunia dan akhirat, Takbir!!!