Thursday, April 29, 2010

Jawapan Sultan kepada penderhaka !


"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.


"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.


"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.


"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.


Sumber - Malaysiakini

Orang tua nyanyuk ni, dia buat apapun semuanya betul.


Kalau dia kata pangkah parti dia dapat pahala..., itu betul.


Kalau dia kata masuk parti dia beroleh syurga...., itu juga betul.


Kalau dia kata berkawan dengan syaitan tak apa....., itu semestinya juga betul.


Dan kalau dia mahu menjadi penderhaka kepada raja...., mana boleh salah. Itu pasti juga betul.


Sebab itulah dia bangga jika juak partinya curi selipar jambannya yang disifatkan ada berkat.


Dan dia juga bangga apabila di Terengganu ada imam yang tak pernah miss melihat gambar dirinya setiap hari kononnya beroleh pahala.


Dan dia amat berbangga bila dihentam dan diganggu akibat salahlakunya oleh kerajaan kerana dia berasa dirinya setaraf nabi yang dikeji dan diganggu oleh puak Quraisy.


Sebenarnya orang tua nyanyuk ini sudah mabukkan kuasa dan pangkat dunia. Dia berasakan bahawa dialah segalanya tanpa menyedari bahawa dia akan menjadi baja tanah jua satu hari nanti.


Perpecahan dan juga keretakkan ummah di negara ini merupakan satu kepuasan bagi dirinya. Tiada yang lebih memuaskan hati orang tua ini kecuali melihatkan umat Islam dan orang melayu bergaduh serta bercakaran sesama sendiri.


Yang hairannya, masih ada lagi yang buta mata hati menjunjung dia ini sebagai ulamak pewaris nabi, walaupun kebanyakan yang ditonjolkannya ialah sifat Iblis yang berhasad dengki.

No comments:

Post a Comment