Thursday, October 21, 2010

PERLEMBAGAAN YANG TIADA RUH ( BERSEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 )

PERLEMBAGAAN YANG TIADA RUH
( BERSEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO OKT 2010 )
Planet teringat artikel rakan Planet, MayangPerapu ( perapu.blogspot ) pada Januari lepas tentang peri penting Perlembagaan. Katanya tiada ruh...Perlembagaan yang tiada ruh...


 1. Bila kita ada Perlembagaan Negara tapi kita tidak menggemburkan ruh dia, jadilah dia satu lembaga yang tiada ruh.

2. Perlembagaan berkait dengan undang-undang tertinggi negara, yang kita sebagai rakyat terikat dengan "kontrak" itu. Jika melanggar kontrak, pasti ada tindakannya. Jika tidak dibuat tindakan, pihak yang diamanahkan itulah yang tidak melaksanakan tanggunjawab.

3. Jika seorang itu mencuri. Jika tiada undang-undang, tidak lah ada apa dan tidak boleh ditakrif betul atau salah. Hanya norma sesuatu tempat yang menjastifikasikan betul @ salah. Tetapi jika ada undang-undang mentakrifkan bahawa mencuri itu salah dan ada cara tindakan serta ada pula hukumnya, maka mencuri itu salah dan wajib diambil tindakan terhadap pesalah. Dia diadili pula selepas itu. Jika terbukti bersalah, ada pula tindakan dan hukumannya. Yang diamanahkan oleh kuasa dan undang-undanglah yang bertindak menangkap, membicara dan menghukum. Jika yang diamanahkan bertindak tidak melaksanakan tanggungjawab maka sebenarnya dia pula yang jatuh bersalah.

4. Maka jika penguatkuasaan tidak dibuat, tiada tindakan, tidak melaksana roh undang-undang tertinggi negara, siapa yang salah?

*Pokok-pangkalnya, ada perkara benar, kita betul, tapi kita tidak bertindak memperbetulkan. Maka kita yang betul akan  jadi salah. Sebagai warga, kita ada rukun tapi ada yang mengaku warga tidak menerima rukun itu malah memperlekeh, meperleceh dan menghina. Tidak kah mengambil tindakan kepada anasir ini suatu yang betul?

No comments:

Post a Comment