Thursday, April 29, 2010

'Saya terima RM4 juta'

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan. 

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti. 

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh. 

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.
Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini. 

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan. 

Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.

Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah. 

Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.

Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau. 

Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan. 

Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.

Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.
"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.
"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.


Peristiwa 13 Mei 1969



Sejak Kebelakangan ini, sentimen perkauman makin hangat di Malaysia yang kita cintai ini. Oleh kerana sikap segelintir ahli politik yang tak tahu menghargai dan menilai erti kedamaian. Hari demi hari keluar di akhbar2 berita2 yang amat menyakitkan hati terutama kepada Orang2 Melayu. Aku cuma berharap agar kita semua terutama bangsa-bangsa lain di Malaysia berhenti dari bermain dengan api. Ingatlah bahawa kita duduk di dalam sebuah negara yang aman selama ini. Janganlah di sebabkan kegilaan kuasa, kita sanggup  menggadaikan keamanan dan keharmonian ini. Di sebab kan inilah aku memetik Peristiwa 13 Mei 1969 ini untuk kita renung bersama. Aku tau memang dah byk blog ulang sejarah hitam nih, tapi nampak nya kita masih belum belajar dari peristiwa ini. Belajarlah dari kesilapan kita yang lampau. Berdoalah perkara ini tidak berulang.




Peristiwa 13 Mei 1969
Dipetik Dari: Wikipedia
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-LAIN : 3 orang


Penghapusan Bangsa Melayu Di Pulau Pinang!


Kita sering lihat dan baca gerai2 peniaga2 Melayu di Penang di robohkan, malahan kampung2 lama Melayu di Penang juga telah lenyap. Apa yang aku nampak ialah DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai SINGAPURA kedua. Mereka tahu adalah amat sukar dan boleh di katakan TIDANG MUNGKIN mereka akan ke Putrajaya dan ini lah langkah altenatif mereka, HAPUSKAN MELAYU DI PULAU PINANG! Bila Melayu tertekan duduk di Pulau Pinang, mereka akan keluar dari situ, maka yang mampu duduk di P.Pinang hanyalah orang CINA.

Fikir-fikirkan lah. CINA amat bijak dalam hal2 putar belit ni. Kita ingat Anwar Ibrahim bijak, tapi hakikatnya Anwar Ibrahim hanyalah "PAWN" dalam satu permainan catur yang di mainkan oleh DAP. Di Hulu Selangor bukti bagaimana sikap orang CINA. Kerajaan kasik macam2 peruntukan, DERANG SAPU HABIS! Tepuk tangan punya la kuat! Siap peluk lagi calon BN, tapi masa undi apa dah jadi?

Melayu masih belum sedar???
Perati baik-baik... dalam-dalam... lu pikiaq la sendiri...




Tonggak kedua Rukun Negara perlu disuburkan

KEBELAKANGAN ini timbul berbagai tindakan yang dilihat seperti langsung tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu. Ada antara tindakan itu bukan sahaja dianggap tidak menghormati undang-undang, malah ada yang sanggup mencemarkan institusi raja melalui perbuatan, misalnya mengadakan demonstrasi di hadapan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak atau melalui persidangan Dewan Undangan Negeri. Perlu difahami bahawa Raja-Raja Melayu adalah simbol dan keagungan serta kedaulatan negara ini.

Jika dilihat kembali semasa proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah mengingatkan semua pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di Selangor supaya memastikan masjid tidak digunakan sebagai gelanggang politik.

Tetapi yang terjadi sebaliknya pula. Pihak pembangkang mengambil sikap tidak endah titah Sultan Selangor. Menurut laporan akhbar-akhbar utama, Menteri Besar Kelantan yang turut berkempen di Hulu Selangor mengatakan larangan menggunakan masjid dan surau untuk berpolitik sebagai karut dan ia adalah hasil peninggalan penjajah. Selanjutnya beliau dilaporkan sebagai berkata politik boleh disebut atau dibincang di mana-mana. Azan yang dilaungkan bilal adalah suatu politik kerana memanggil orang ramai mengerjakan solat di masjid. Selanjutnya beliau berkata, Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengasingkan antara agama dan politik.

Jika diteliti, titah Sultan Selangor ada baiknya. Larangan berpolitik di masjid dan surau dikhuatiri akan mendatangkan lebih banyak masalah (keburukan) dan kemudaratan berbanding dengan kebaikan terhadap masyarakat. Ini kerana pada masa kini, masyarakat Melayu Islam bukan sahaja berpecah belah, malah sanggup berpuak-puak hanya disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza. Tentu kita masih belum lupa, suatu ketika dahulu terdapat isu-isu yang merendahkan martabat Islam seperti sembahyang dua imam dan isu kafir-mengkafir.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju masjid digunakan sebagai lokasi untuk kempen politik. Selanjutnya beliau berkata, sekiranya kempen politik atau untuk apa sahaja aktiviti parti dibenarkan, ia akan menimbulkan masalah dan perpecahan akan lebih teruk berlaku dalam masyarakat.

Terkini berlaku pula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah apabila dua soalan bertulis yang dikemukakan oleh seorang ahli DUN dari Pas yang bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Sepatutnya, soalan-soalan yang berkaitan dengan institusi Raja-Raja Melayu yang menyentuh mana-mana Sultan atau Raja Melayu yang boleh mendatangkan satu polemik pada masa depan dihindarkan daripada dibincangkan di dalam sidang DUN. Pemimpin-pemimpin politik tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang terutamanya pemimpin-pemimpin Melayu seharusnya menjadi benteng dan pembela merangkap 'hulu balang" yang mempertahankan kedaulatan agama Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Rakyat negara ini pada semua peringkat umur dan bangsa sewajarnya tidak lupa dan maklum dengan tonggak kedua Rukun Negara iaitu 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'. Hari ini, rakyat dilihat seolah-olah sudah lupa kepada Rukun Negara.

Usaha-usaha menyemai maksud yang tersirat pada setiap tonggak Rukun Negara harus dibuat dengan kadar segera melalui kempen-kempen di media cetak dan media elektronik supaya setiap rakyat di negara ini dapat menjiwai dan mendalaminya.

Setiap tonggak Rukun Negara yang diamalkan sejak dahulu telah berjaya menjamin kestabilan negara dan keharmonian hubungan kaum. Jangan ada lagi pihak yang cuba mempertikaikan, malah menghina prinsip yang telah diterima dan telah termaktub itu.

NADZIR AWANG AHMAD
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara Perlis

Jawapan Sultan kepada penderhaka !


"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.


"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.


"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.


"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.


Sumber - Malaysiakini

Orang tua nyanyuk ni, dia buat apapun semuanya betul.


Kalau dia kata pangkah parti dia dapat pahala..., itu betul.


Kalau dia kata masuk parti dia beroleh syurga...., itu juga betul.


Kalau dia kata berkawan dengan syaitan tak apa....., itu semestinya juga betul.


Dan kalau dia mahu menjadi penderhaka kepada raja...., mana boleh salah. Itu pasti juga betul.


Sebab itulah dia bangga jika juak partinya curi selipar jambannya yang disifatkan ada berkat.


Dan dia juga bangga apabila di Terengganu ada imam yang tak pernah miss melihat gambar dirinya setiap hari kononnya beroleh pahala.


Dan dia amat berbangga bila dihentam dan diganggu akibat salahlakunya oleh kerajaan kerana dia berasa dirinya setaraf nabi yang dikeji dan diganggu oleh puak Quraisy.


Sebenarnya orang tua nyanyuk ini sudah mabukkan kuasa dan pangkat dunia. Dia berasakan bahawa dialah segalanya tanpa menyedari bahawa dia akan menjadi baja tanah jua satu hari nanti.


Perpecahan dan juga keretakkan ummah di negara ini merupakan satu kepuasan bagi dirinya. Tiada yang lebih memuaskan hati orang tua ini kecuali melihatkan umat Islam dan orang melayu bergaduh serta bercakaran sesama sendiri.


Yang hairannya, masih ada lagi yang buta mata hati menjunjung dia ini sebagai ulamak pewaris nabi, walaupun kebanyakan yang ditonjolkannya ialah sifat Iblis yang berhasad dengki.

Wednesday, April 28, 2010


TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM

KENYATAAN MEDIA
16 April 2010

TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang berat isu perobohan gerai-gerai haram yang telah dijadikan isu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian satu Jawatankuasa telah dibentuk. 

Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Y.B. Mansor bin Hj. Othman, turut dibantu oleh Y.B. Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas serta pegawai-pegawai kanan dari semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Hasil dari beberapa siri mesyuarat jawatankuasa ini telah merumuskan tindakan seperti berikut: 

1.         Gerai-gerai haram di atas tanah Kerajaan Negeri/persendirian yang boleh     dirobohkan:
            1.1) Gerai yang menerima banyak aduan.
            1.2) Gerai yang didirikan atas tanah dalam cadangan untuk dibangunkan.
            1.3) Gerai yang dalam rundingan untuk penempatan semula.
            1.4 )Gerai yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan, kebersihan dan alam sekitar.
            1.5) Gerai yang beroperasi di sekitar tapak penjaja majlis/kompleks /pasar awam
            1.6) Gerai yang berada 9 meter daripada persimpangan jalan raya
            1.7) Gerai di kawasan sekolah dan hospital
            1.8) Gerai di jalan-jalan protokol

2.         Kategori Gerai Yang Boleh Dikompaun
            2.1) Gerai yang tidak mematuhi syarat lesen
            2.2) Gerai yang tidak berlesen
            2.3) Gerai yang menghalang tempat awam

           
3.         Kategori Yang Boleh dilesenkan
            Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenalpasti  kawasan yang 
            sesuai untuk dibenarkan aktiviti-aktiviti perniagaan dengan             mematuhi syarat-syarat 
            yang ditetapkan. 

4.         Kawasan-kawasan Cadangan Penjenamaan Semula (Re branding)
            Pihak Berkuasa Tempatan akan mengemukan profile dan gambar bagi gerai/kompleks    
            yang   boleh dimajukan. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengiklankan semula senarai   
           gerai-gerai yang tidak berdaya maju ini dalam bulan Mei akan datang. Berikut adalah antara  
           kawasan yang akan dibuat   penjenamaan semula (Re branding) ;

            4.1) Jalan Terengganu (Projek Persekutuan)
            4.2) Astaka Gelugor (Projek Persekutuan)
            4.3) Kompleks dan Gerai Bayu Senja, Batu Feringghi
            4.4) Moon Light Bay
            4.5) Gerai di Gelugor
            4.6) Sungai Setar Kechil
            4.7) Gerai di Pekan Penanti
            4.8) Tapak Penjaja Batu Maung
            4.9) Pasar Jelutong
            4.10) Tapak Penjaja Lebuh Cecil
            4.11) Pasar Pulau Tikus
            4.12) Pasar Air Itam
            4.13) Kompleks Taman Pandan
            4.14) Kompleks Taman Bunga Tanjung
            4.15) Kompleks Taman Desa Palma
            4.16) Kompleks Taman Budiman

5.         Kawasan-kawasan Untuk Diswastakan
            MPPP
            Komplek Mutiara Heights
            Kompleks Gold Cost

MPSP
Seberang Perai Utara
Kompleks Bagan Lallang (Sebelah Acku)
Kompleks Perindustrian Teras Jaya 4
Kompleks Perindustrian Teras Jaya
Kompleks Taman Perkas
Kompleks Taman Iks Sungai Lokan
Kompleks Taman Iks Sungai Lokan 3


Seberang Perai Tengah
 Kompleks Taman Iks Juru 4
             Kompleks Iks Usahajaya 3
             Kompleks Taman Binajaya
             Kompelks Taman Bidara
             Kompleks Taman Permai Jaya
             Kompleks Taman Permata Indah
             Kompleks Taman Jambu
             Kompleks Taman Selesa
             Kompleks Taman Teguh
             Kompleks Makanan Taman Machang Bubuk 2

            Seberang Perai Selatan
            Kompleks Taman Nafiri
            Kompleks Taman Jawi Jaya
            Kompleks Taman Seruling Emas
            Kompleks  Taman Serunai    
            Kompleks Taman Murai Jaya
             Kompleks Taman Seruling

 6.         Kawasan-kawasan Baru Untuk Dibuka
            Pihak Pejabat Daerah akan mengenalpasti kawasan-kawasan baru untuk dibuka bagi 
            membolehkan lebih banyak kawasan perniagaan dibina dan seterusnya memberikan peluang 
           kepada pihak peniaga menambahkan pendapatan. Berikut adalah antara kawasan baru yang 
           dicadang untuk dibuka: 

                        Daerah Timur Laut  
-           Tapak Rumah Tsunami Fasa II, Pantai Miami
-           Batu Feringghi, Sebahagian Lot 4, Seksyen 1.

7.         Mekanisme Penguatkuasaan
            Satu Unit Penguatkuasaan Khas (Task Force) akan diwujudkan yang beribu  pejabat di   
            Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.

8.         Kawasan-kawasan yang Akan Diambil Tindakan Segera
             Jawatankuasa juga membuat rumusan terdapat kawasan yang akan diambil  tindakan segera 
             oleh MPPP dan MPSP adalah seperti berikut: 
            8.1) Kawasan Pelancongan
            8.2) Kawasan yang mengalami gangguan lalu lintas
            8.3) Kawasan Perumahan
            8.4) Kawasan yang banyak aduan orang ramai
            8.5) Struktur baru (kekal dan separa kekal)
           
            Tindakan akan mula diambil pada 1 Mei 2010 untuk merobohkan gerai/struktur baru di 
            kawasan-kawasan seperti di atas. Bagi binaan haram di tanah-tanah persendirian akan 
            diberikan notis terlebih dahulu dan tindakan akan diambil    selepas 2 Mei 2010.

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

Sampai bila Pas rela menjadi kaldai?



Seperti yang telah ramai ketahui, di PRK P94 Hulu Selangor jentera Pas menguasai hampir 80 peratus pilihanraya kecil tersebut biarpun bukan calon parti mereka yang bertanding disitu.


Di Hulu Selangor juga Pas telah membuktikan bahawa mereka sanggup membuta tuli menahan hujan dan panas serta menempuh segala cabaran hanya semata-mata patuh kepada "tuan" mereka didalam Pakatan haram.


Tradisi meng"kaldai"kan diri sendiri ini bakal diteruskan oleh juak-juak Pas di P212 Sibu pula.


Jika di P94 mereka bertuankan si peliwat serta pengkhianat bangsa, di Sibu nanti jentera Pas bakal di"bohsia"kan pula oleh kafir cauvinist DAP.


Belum apa-apa lagi Pas telah berjanji akan menghantar jentera yang paling handal bagi membantu kafir DAP memenangi Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu.


Ini janji yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan Pusat Pas iaitu Idris Ahmad didalam HaraMkah yang mungkin bertujuan untuk membodek DAP dan menunjukkan bahawa Pas merupakan parti yang paling taat dan setia didalam Pakatan Rakyat.


Bukan sahaja setakat janji untuk rela menjadi "keldai" DAP di PRK Sibu, Idris Ahmad juga awal-awal lagi memberikan sokongan sepenuh hati kepada bakal calon yang dikemukakan DAP biarpun ianya belum lagi mencapai kata muktamad.


Itulah parti yang gah menggelarkan mereka sebagai pejuang Islam sebenar di negara ini. Taraf dan maruah mereka sebenarnya berada dibawah tapak kaki kafir dan melayu plurarisme sahaja.


Dikala mata ulamak-ulamak politik Pas dikaburi dengan nafsu untuk berkuasa, jemaahnya pula dilacurkan untuk memenuhi agenda politik peribadi yang tak kesampaian.


AnwarOslo1

Anwar Ibrahim di Christiana Theatre, Oslo, Norway sedang diwawancara oleh Morten dari Norwegian Business Daily.


Sekarang Anwar sedang mengikuti Oslo Freedom Forum 2010, 26-29 April 2010 dan beliau merupakan salah seorang penceramahnya.


The "Oslo Freedom Forum 2010" merupakan flatform aktivis-aktivis FREEDOM di seluruh dunia. Forum itu digerakkan oleh Thor Leonardo Halvorssen Mendoza melalui Human Rights Foundation(HRF) dan FIRE (Foundation for Individual Rights in Education yang kedua-dua beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.


Matlamat utama kumpulan FREEDOM adalah memperjuangkan kebebasan beragama dan hak kumpulan lesbian, gay, bisexual, dan transgender (LGBT) .


Bacaan lanjut klik di sini dan di sini


1. Zaid makin tertekan. Tindak tanduk beliau selepas kalah makin tidak dipedulikan pimpinan PKR. Pimpinan PAS dan DAP nampak lebih prihatin dengan Zaid. Dikhabarkan Lim Guan Eng dan Mahfuz telah menghubungi Zaid memberi kata-kata peransang. Guan Eng juga dikhabarkan mahu Zaid berperanan aktif dalam PRK Sibu nanti.

2. Berang dengan sikap pimpinan PKR yang tidak memperdulikannya, Zaid mengambil langkah sendiri. Tindakannya mengemukakan writ saman bagi mengisytiharkan PRK tidak sah dan membatalkan kemenangan BN diambil tanpa mengemukakannya kepada Biro politik PKR. Latheefa 'Koyak P*^i' hanya sekadar penutup malu.

3. Manakan tidak, Zaid memanggil Syed Husin agar hadir ke sidang akhbarnya. Pelbagai alasan diberi Syed Husin untuk tidak muncul di sidang akhbar Zaid. Saifudin s/u agung langsung tidak menjawab jemputan Zaid. Azmin jauh sekalilah mahu hadir! Tian Chua yang diharapkan untuk hadir juga tidak muncul.

4. Alasan logik mereka tidak mahu hadir ke sidang akhbar Zaid adalah kerana tidak mahu terheret ke persengketaan Zaid dengan Azmin dan tentunya melibatkan AnWAR. Mereka masih ingat bagaimana Zaid mengheret Jeffrey Kitingan dalam konfliknya dengan Azmin berkaitan Sabah yang menimbulkan kemarahan AnWAR.

5. W/pun nanti PKR akan mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Zaid, seperti biasa ianya tindakan mahu menutup krisis dalaman parti. Zaid kini keseorangan mengharungi saat pilu kekalahannya. Hanya rakan DAP pengubat duka, itupun hanya mahu menggunakannya semasa di Sibu nanti.

6. Ternyata tindakan Zaid mahu mengheret keputusan PRK Hulu Selangor bukan mahu mencari keadilan. Tindakannya itu adalah untuk memanjangkan talian hayat beliau dalam PKR setelah tidak dipedulikan rakan-rakan dalam PKR sendiri. Sekurang-kurangnya hingga keputusan dibuat terhadap permohonannya nanti, masih ada setahun dua lagi nama Zaid Ibrahim dikenang dalam PKR, w/pun Zaid sendiri tidak dapat memastikan kedudukannya selepas ini.......
Untuk Siapa kamu berjuang?

Ungkapan diatas membayangkan persoalan yang acap kali diperkatakan oleh individu didalam hati kecil mereka. Untuk siapakah ? perjuangan yang dilaungkan – Ada kalanya inya hanya bersifat dendam , ada ketikanya ianya dikatakan bersifat memperjuangkan ideologi- Akan tetapi semua itu menjurus kepada konsep perjuangan yang sebenarnya di realisasikan dialam politik.

Walupun apa fahaman mereka , mereka tetap mempercayai asas asas perjuangan yang mereka laungkan. Seperti PKR sebuah parti politik yang dewasa ini memainkan banyak peranan  didalam arena politik tanahair telah menimbulkan banyak persoalan didalam sudut perjuangan. Apakah matlamat sebenranya perjuangan mereka> Jika dikatakan untuk membela Bangsa melayu, tentunya tidak!! jika hendak dikatakan untuk membela Agama , juga tidak!!  Jadi apakh yang sebenarnya perjuangan yang mereka laungkan.

Saya berani menyatakan sedemikian adalah kerana dengan melihat rentetan dibeberapa buah negeri taklukan mereka selepas pilihanraya 12 yang lalu. Mereka telah meraih kekuasaan, tetapi dimanakah perjuangan mereka yang sebenarnya?


Didalam beberapa isu  di Pulau Pinang, Isu Kampung Buah Pala, Isu merobohkan  gerai gerai kepunyaan Melayu, Penindasan  terhadap Melayu di Pulau Pinang didalam koata pembangunan, Ekonomi semua ini telah berlaku di Pulau Pinang. Didalam Isu Agama pula tiada penafian berlaku didalam PKR  berhubung isu penggunaan nama  Allah di dalam Herald. Apakah ini bukan perjuangan yang sebenar PKR.

JADI apakah yang diperjuangkan. Sepanjang  pemerhatian  corak politik PKR apa yang saya lihat ialah mereka  mereka ini adalah terdiri daripada orang orang yang kecewa didalam untuk mendapatkan sesuatu semasa didalam parti . Jesteru itu mereka telah berusaha untuk menimbulkan retorik politik dengan isu isu yang agak remeh untuk memancing pengundi.

Fakta fakta kurang jelas telah di sebarkan didalam mencorak kan senarioa perjalanan perjuangan mereka. Pada hemat saya  mereka ini hanya memperjuangkan ideologi yang dibawa sendiri oleh AnUwar Brahim untuk mencapai cita citanya. Gabungan AnUwar dengan pelbagai pertubuhan diluar negara dinafikan oleh pengikut mereka  walaupun fakta jelas dikemuka kan. Adakah ini dikatakan perjuangan untuk membela bangsa , agama , dan rakyar marhaen. Sudah tentunya tidak!!!!

Didalam ucapan beliau di Kajang didalam satu majlis  beliau pernah menyatakan Malaysia ini bukan Melayu yang punya- Untuk apakah beliau berkata demikian? bukan kah hanya retorik politik  untuk mendapatkan sokongan dari kaum lain. Dalam pelbagai wajah politik yang dibuat oleh beliau sendiri telah menunjukkan segalanya apa yang tersurat dan tersirat didalam perjuangan nya.

Berlainan dengan perjuangan yang diasaskan oleh UMNO. Asas perjuangan yang jelas  telah direalisasikan secara nyata. Corak ideologi yang jelas di sebarkan agar rakyat tahu  bahawa UMNO adalah satu parti yang memperjuangkan nasib bagi rakyat marhaen. Ini jelas .. tidak perlu dipertikaikan lagi.

Oleh yang demikain, kepada semua penyokong yang masih percaya asas perjuangan yang dibawa oleh AnUwar seharusnya berfikir buat kali terakhir jika benar anda memperjuangkan nasib bangsa anda bukan seperti yang berlaku di Pulau Pinang dimana Melayu di pinggirkan didalam bumi mereka sendiri tanpa pembelaan.

Tuesday, April 27, 2010

MEB: Peluang ubah Melayu

MEB harus dilihat sebagai satu peluang untuk bangsa Melayu beranjak paradigma atau pemikiran daripada satu bangsa yang mengharapkan bantuan kerajaan dalam pelbagai bidang kepada Melayu yang berdikari, berilmu dan berkeyakinan tinggi untuk menempah kejayaan dalam segala bidang kerjaya atau keusahawanan di peringkat antarabangsa tanpa berharap kepada insentif kerajaan.

Beberapa tahun lalu Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama kali mengutarakan istilah Melayu Glokal, merujuk kepada Melayu yang bersikap dan berdaya saing global tetapi bertunjangkan budaya Melayu dan Islam. 

MEB yang diumumkan baru-baru ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai ekonomi maju dan berdaya saing, dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup dan berpendapatan tinggi hasil pertumbuhan yang terangkum dan mampan. Ketiga-tiga konsep ini sebenarnya amat berhubung-kait. Untuk merealisasikan konsep 1Malaysia dan MEB, Melayu perlu terlebih dahulu menjadi Melayu Glokal.

Berkaitan pelaksanaan MEB yang masih dalam perancangan, terdapat suara-suara yang melahirkan rasa kerisauan mengenai status ketuanan Melayu berikutan perkongsian ekonomi dengan bangsa lain. Beberapa pihak berasa terancam jika jaminan 30 peratus ekuiti Melayu diluputkan. 

Mentaliti Melayu sebegini adalah berkaitan dengan kekeliruan konsep "zero-sum game" di mana kita percaya saiz ekonomi adalah mutlak, maka kekayaan dan kemewahan bangsa lain adalah atas kehilangan dan keciciran bangsa Melayu. Sebaliknya, kita harus menyokong agenda-agenda di bawah MEB yang berpotensi untuk memperluaskan saiz ekonomi negara. 

Dengan status sekarang, tindakan affirmatif tidak telus mungkin menghadkan saiz ekonomi kita pada kadar, sebagai contoh RM100. 30 peratus daripada RM100 ialah RM30. Tetapi dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) di samping tindakan affirmatif yang lebih telus melalui MEB, saiz ekonomi negara perpotensi untuk berkembang dengan lebih maju. 

Jika saiz ekonomi meningkat sehingga, sebagai contoh, RM200, 20 peratus ekuiti Melayu sudah berjumlah RM40 - melebihi jumlah kekayaan asal walaupun pada kadar ekuiti yang lebih rendah. 

Kesimpulannya, adalah lebih baik untuk kita menghargai usaha dan bersama-sama menggembleng tenaga untuk meningkatkan saiz ekonomi dan kekayaan negara daripada begitu taksub untuk mempertahankan jaminan ekuiti, insentif atau subsidi daripada kerajaan.

Masyarakat Melayu harus bersedia dan menerima dengan hati yang terbuka apabila MEB dibentangkan dengan lebih terperinci pada hujung tahun nanti. Meminjam bicara Datuk Dr. Norraesah Mohamad, kita perlu menilai kemungkinan tanpa jaminan kuota dan ekuiti, Melayu akan menjadi lebih berdaya saing. 

Kita akan menjadi lebih bersedia menyahut cabaran untuk menjadi "pemain" yang aktif dalam persekitaran ekonomi pasaran yang baru di Malaysia. Lebih-lebih lagi, kerajaan juga sudah beberapa kali menyatakan nasib golongan yang terpinggir akan terus terbela di bawah MEB.

Kita harus berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri dan menerima hakikat bahawa budaya mengharapkan subsidi tidak akan berpanjangan. Sebagai perumpamaan, ubat yang diambil pada kadar minimum yang disarankan dapat membantu memulihkan kesakitan. Tetapi, ubat yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan diri dan berkemungkinan menjadikan kita penagih tegar. 

Jika kita gagal untuk berubah ketika ekonomi negara masih dalam keadaan baik pada hari ini, esok atau lusa kita mungkin dipaksa oleh arus ekonomi pasaran untuk menerima perubahan dalam keadaan tidak bersedia, ekonomi yang tidak berdaya saing dan terancam untuk terus relevan dalam sistem perdagangan antarabangsa.
Dengan usaha yang terancang, bangsa Melayu akan dapat bersedia untuk menghadapi perubahan dasar ekonomi negara. Tentunya ia bukanlah satu perjalanan yang mudah. Yang pasti, perjuangan kita masih belum selesai!

"Demi sesungguhnya selepas kesulitan pasti ada kemudahan. Selepas kesulitan pasti ada kemudahan" (Al-Insyirah).

Pendekatan progresif untuk persediaan Melayu.

Bagaimanakah bangsa Melayu dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi arus perubahan yang dibawa MEB? 

Salah satu cabang Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) adalah untuk mengukuhkan penyampaian pendidikan berkualiti tinggi yang mendorong inovasi dan teknologi. Pelancaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menitikberatkan pendidikan awal adalah satu usaha yang sangat baik. Antara lain, khusus untuk melahirkan pelajar Melayu berprestasi tinggi,

1) Program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) harus digiatkan di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang mempunyai peratusan pelajar Melayu yang tinggi. Pengetua dan guru-guru di SBP dan MRSM boleh diberi kuasa autonomi untuk memilih pelajar dan menggunakan kurikurum inovatif. 

Tanggungjawab dan objektif mereka adalah untuk menjana pelajar Melayu yang berprestasi tinggi dalam bidang akademik, keusahawanan, kepimpinan dan sahsiah diri yang dapat memonopoli tawaran biasiswa ke luar negara atau mengikuti pengajian dalam bidang-bidang strategik di dalam negara dari segi merit tanpa memerlukan kuota istimewa.

2) Sistem pendidikan tinggi perlu meningkatkan kebolehpasaran graduan Melayu. Siswazah harus diberi peluang untuk menimba pengalaman bekerja (praktikal training) di syarikat multinasional berkaitan kerajaan (GLC). Siswazah cemerlang dalam program ijazah di institusi dalam negara juga dibolehkan untuk memohon dana pinjaman pendidikan sebanyak RM60-RM70 ribu untuk mengikuti pengajian musim panas selama tiga bulan di universiti terkemuka luar negara untuk memperluaskan perspektif dan menimba pengalaman belajar di persekitaran yang terbaik.

3) Semangat anak Melayu untuk menuntut ilmu juga perlu dibakar di pelbagai peringkat. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan untuk belajar, tetapi jika anak muda Melayu masih belum dapat memahami kepentingan berilmu, Melayu akan terus berada pada takuk yang sama. Apa yang diperlukan adalah satu gerakan akar-umbi yang radikal untuk membakar semangat generasi muda Melayu untuk keluar daripada kepompong kemalasan dan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ia memerlukan satu program yang sistematik dalam mengenal pasti bakat-bakat muda yang perlu "dikejutkan", pengenalan modul pembelajaran berkesan, dan perkongsian pengalaman dan titian hidup oleh individu Melayu yang telah berjaya. 

Pihak media juga dapat memainkan peranan. Ketika berusia belasan tahun, saya pernah terbaca dalam Pancaindera dalam Mingguan Malaysia kisah seorang warga Malaysia di luar negara yang berjaya mendapat Ph.D sebelum berusia 30 tahun. Ini telah sedikit-sebanyak mendorong saya menjejaki langkah beliau. Hari ini, paparan-paparan picisan membuatkan anak muda lebih mengagungkan ikon hiburan dan sukan dari Barat daripada usahawan dan cendekiawan.

4) Insentif berserampang dua mata untuk menggalakkan keluarga Melayu menitikberatkan faktor pendidikan dan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah dapat diadakan dengan menawarkan skim bantuan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada yang berkelayakan berdasarkan nisbah perbelanjaan pendidikan tahunan per pendapatan bersih. Kerajaan akan meminjamkan dana setinggi RM150,000 pada kadar faedah sifar. Individu terpilih perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM50 misalnya untuk menyemai disiplin menabung dan penerima pinjaman akan mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM1,000 sebulan. 

Apabila kesemua anak peminjam telah menamatkan pengajian, pendapatan tambahan dan pinjaman akan dihentikan, dan modal asal pinjaman berjumlah RM150,000 akan dipinjamkan kepada individu berkelayakan lain.


PENULIS ialah Pengerusi Kelab UMNO Chicago, Amerika Syarikat